CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3613|Reply: 0

[Kedah] Kelas pendidikan Bakau Hijau bantu elak keciciran pendidikan

[Copy link]
Post time 17-4-2024 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Kelas pendidikan Bakau Hijau bantu elak keciciran pendidikan


April 17, 2024 @ 11:46am



Pengerusi Pertubuhan Bank Makanan Malaysia (Food Bank), Mohd Azrul Mohd Razak. Foto BERNAMA



ALOR SETAR: Pertubuhan Bank Makanan Malaysia (Food Bank), sebuah pertubuhan bukan kerajaan mengambil inisiatif menyediakan kelas pendidikan percuma kepada anak-anak golongan asnaf di Kampung Bakau Hijau, Bedong, dekat Sungai Petani.

Pengerusinya, Mohd Azrul Mohd Razak, berkata inisiatif yang dikenali sebagai Projek Kelas Pendidikan Bakau Hijau itu bertujuan memastikan pelajar miskin setempat tidak tercicir daripada mendapat pendidikan yang baik dan mencukupi.

Beliau berkata, kelas pendidikan berkenaan adalah kesinambungan usaha menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar di kampung itu yang dimulakan sejak 1994.
"Pasukan kami telah dibawa dan diperkenalkan tempat itu oleh seorang rakan dengan harapan dapat membantu sedikit sebanyak pelajar sekitar untuk membaca dan menulis selain mempelajari ilmu yang boleh memberi manfaat kepada mereka yang rata-ratanya daripada keluarga miskin.

"Pengasas tempat ini yang dikenali sebagai Toksu Romli mula mengadakan kelas percuma bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris kepada pelajar di sekitar kampung itu sejak 1994. Hasil kunjungan Food Bank dua tahun lalu, membuatkan kami berasa tugas mulia untuk mendidik itu perlu diteruskan," katanya kepada BERNAMA di sini, baru-baru ini.

Mohd Azrul berkata, Food Bank dengan kerjasama Kelab Pendidikan dan Kebajikan Puncak Lembaga Bujang telah membantu menggerakkan kembali kelas berkenaan bermula dua tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mengaturkan kembali kelas-kelas yang boleh diadakan demi meneruskan usaha memberi pendidikan percuma di situ.

Setakat ini, katanya, 30 hingga 40 orang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah mengikuti kelas pendidikan berkenaan dengan sesi kelas diadakan selama tiga jam pada Jumaat dan Sabtu.

"Mata pelajaran yang diajar antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains selain didikan membaca dan menulis kepada pelajar sekolah rendah," katanya.

Mohd Azrul berkata, tenaga pengajar kelas pendidikan itu terdiri dalam kalangan sukarelawan pelbagai latar pekerjaan, antaranya guru dan doktor selain anak-anak tempatan di kampung berkenaan.

"Food Bank hanya membantu dan berharap kelas dan program ini dapat membantu pelajar-pelajar ini untuk mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik menerusi pendidikan," katanya.– BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.064986 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list