CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5581|Reply: 0

[Sarawak] Pegawai teknologi makanan ditemui mati di depan unit apartmen

[Copy link]
Post time 17-4-2024 07:38 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Polis Miri mengesahkan kematian seorang pegawai teknologi makanan yang mayatnya dijumpai terbaring di hadapan sebuah unit apartmen di sini awal pagi Ahad sebagai mati mengejut.

Berikutan itu kata Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, satu kertas siasatan dibuka bagi mengenal punca kematian si mati.

Sekitar jam 5.35 pagi, 14 April lalu katanya, polis telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan seorang lelaki yang terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah apartmen di sini.

Ekoran dari maklumat yang diterima katanya, satu laporan polis telah dibuat dan sepasukan pegawai serta anggota polis telah bergegas ke lokasi kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, kita dapati seorang lelaki sedang terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di hadapan unit apartmen yang didiaminya.

"Pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan atau unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,"  katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam tadi.

Menurut Alexson lagi, hasil pemeriksaan ke atas dokumen milik si mati mendapati lelaki terbabit berusia lingkungan 46 tahun, berasal dari Kuching serta bekerja sebagai pegawai teknologi makanan di bandar raya ini.

"Kematian si mati telah disahkan oleh penolong pegawai perubatan dari Hospital Miri dan mayatnya kemudian dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Miri untuk tindakan selanjutnya," ujar beliau lanjut.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut kerana ia akan menganggu siasatan.

Sebaliknya ujar beliau, individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/16/pegawai-teknologi-makanan-ditemui-mati-di-depan-unit-apartmen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.058041 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list