CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6462|Reply: 0

[Sabah] Rangka badan terpisah dari tengkorak ditemukan di kuarters guru terbiar

[Copy link]
Post time 18-4-2024 08:11 PM | Show all posts |Read mode


Utusan Borneo

BEAUFORT: Tulang dipercayai rangka manusia ditemukan dalam bilik di sebuah kuarters perumahan guru yang sudah terbiar kira-kira lima tahun di Membakut, di sini Rabu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort, Asisten Superintenden Weddrin Mojingkin berkata, rangka badan yang terpisah dari tengkorak itu ditemukan oleh dua pekerja pembersihan yang melakukan kerja pembersihan di bangunan terbiar itu pada jam 8.53 pagi.

“Hasil siasatan mendapati, rangka manusia itu dalam keadaan terlentang, lengkap berpakaian dan seluar, bagaimanapun badan terpisah dengan tengkorak kepala yang mana tengkorak kepala berada di kedudukan sisi badan mayat.

“Tempoh kematian dianggarkan sudah lama berdasarkan keadaan mayat yang hanya tinggal tulang rangka sahaja.

“Tempat ini juga sudah lama ditinggalkan kosong tanpa penghuni sejak kira-kira lima tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bercakap lanjut beliau berkata, siasatan lanjut juga mendapati, terdapat satu wayar putih tersimpul bulat bergantung di atas kipas dalam bilik berkenaan.

“Terdapat juga kerusi palstik berwarna putih yang rebah berdekatan dengan kedudukan mayat ini.

“Identiti mayat masih belum dikenal pasti namun setakat ini tiada sebarang kesan perbuatan jenayah yang dikesan di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan dibuka dan diklasifikan sebagai mati mengejut berdasarkan siasatan lokasi kejadian.

"Rangka berkenaan juga dibawa ke Hospital Beaufort untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca sebenar kematian.

“Usaha mencari ahli keluarga juga sedang dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung terus di Polis Balai Membakut bagi membantu siasatan," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.968154 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list