View: 8142|Reply: 6
|
[Dunia]
Google pecat 28 pekerja gara-gara protes projek kerjasama dengan Israel
[Copy link]
|
|
Google pecat 28 pekerja gara-gara protes projek kerjasama dengan Israel
Agensi
18/04/2024 16:24 MYT
GOOGLE memecat 28 pekerjanya pada Rabu selepas mereka terlibat dalam protes terhadap projek Nimbus, iaitu kontrak layanan perkomputeran awan bernilai AS$1.2 bilion dengan kerajaan Israel, dan membabitkan Amazon.
Pekerja di kedua-dua syarikat itu mendakwa perjanjian berkenaan menghasilkan teknologi canggih dengan dikuasakan kecerdasan buatan (AI) untuk kegunaan anggota keselamatan Israel sekali gus menyumbang kepada pembunuhan warga Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
Portal The Intercept dan Time juga melaporkan bahawa projek Nimbus membekalkan perkhidmatan yang boleh diakses oleh Angkatan Pertahanan Israel.
Pemecatan itu, yang disahkan Google, berlaku beberapa jam selepas sembilan pekerja ditahan polis pada Selasa selepas melakukan mogok duduk di hadapan pejabat Ketua Pengarah Eksekutif Google Cloud Thomas Kurian di Sunnyvale, California, serta sebuah lagi pejabat di New York.
Kesemua sembilan pekerja itu dipecat, bersama 19 lagi peserta protes lain.
Gerakan tunjuk perasaan itu dilakukan dengan dipimpin kumpulan aktivis yang dinamakan 'No Tech For Apartheid' yang mendesak Google dan Amazon untuk membatalkan kontrak projek Nimbus.
Jurucakap Google Anna Kowalczyk dalam satu kenyataan berkata, para pekerja itu dipecat dari tugas selepas siasatan dalaman mendapati 'mereka bersalah kerana secara fizikal menghalang pekerja lain daripada menjalankan tugas dan mengakses kemudahan pejabat'.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
netflix tu pon sama asik promot cerita pasal isral teraniaya. aku ni tak reti nk explain yg aku tgk movie2 dlm nets tu penuh dg psal peperangan jerman yahudi dan last kli tgk filem epic pasal nabi musa versi yahudi hahaha bodo punya yahudi mcm la aku percaya. hbis gugel ni kita nk boikot ke guane? chrome lembab mic exploreer lagi la mcm acik senah sembang je lebat. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 18-4-2024 05:13 PM
Hire pekerja baru... Google tiada issue cari staff baru... This fuckers troublemaker ingat depa ada priviledge.. Mahu buat seperti UCLA and UCB... Some perlu tamat kan visa hantar balik dari mana depa belong |
|
|
|
|
|
|
|
Salah.
McD dan KFC lagi yahudi. |
|
|
|
|
|
|
|
Boikot android
|
|
|
|
|
|
|
|
impressive gak dorang sanggup dipecat dr Google kot |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah kami bekerja di company milik lokal... usahakan bisnes lokal... |
|
|
|
|
|
|
| |
|