CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9608|Reply: 13

[Tempatan] 3 individu tahan bas ekspres disahkan anggota JPJ

[Copy link]
Post time 19-4-2024 11:25 AM | Show all posts |Read mode
3 individu tahan bas ekspres disahkan anggota JPJ

https://www.bharian.com.my/berit ... isahkan-anggota-jpj

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin - April 19, 2024 @ 10:56am
nurul.hidayah@hmetro.com.my


Rakaman video dibuat seorang pemandu bas ekspres yang tidak berpuas hati selepas diperiksa tiga pegawai JPJ yang tidak memakai uniform atau vest yang tular di media sosial, baru-baru ini. - Foto tular

KUALA LUMPUR: Pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibolehkan untuk tidak memakai seragam atau vest bagi tujuan penyamaran ketika melakukan operasi.

JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya mengambil maklum video tular berkaitan tiga pegawai penguat kuasa JPJ tidak memakai seragam atau vest ketika melakukan operasi.

Malah, JPJ juga mengesahkan bahawa ketiga-tiganya lelaki terbabit adalah pegawai penguat kuasa jabatan itu.

JPJ melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidil Fitri (HRA) 2024 bermula 1 April lalu dan akan tamat pada 20 April ini bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terutama penumpang bas ekspres.

"Sepanjang operasi itu, jabatan ini menggunakan pelbagai kaedah termasuk melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, pemeriksaan pemandu bas di terminal bas sebelum memulakan perjalanan dan pemantauan di lokasi sering berlaku kemalangan termasuk menggunakan teknologi dron.

"Pihak JPJ juga menyamar sebagai penumpang bas ekspres, penyamaran menggunakan kenderaan tanpa lambang jabatan di samping bertindak atas aduan serta maklumat daripada orang ramai melalui sistem eAduan dalam aplikasi MyJPJ.

"Menerusi video tular itu, 3 pegawai penguat kuasa JPJ tanpa seragam atau vest sedang melakukan pemeriksaan dan menahan sebuah bas ekspres ketika operasi khas pada 16 April lalu jam 12.10 tengah hari di Lebuhraya Utara-Selatan menghala arah Utara dekat Nilai menggunakan kaedah penyamaran," katanya.

JPJ menjelaskan bahawa pegawai penguat kuasa JPJ dibolehkan untuk tidak memakai uniform atau vest bagi tujuan penyamaran ketika melakukan operasi.

Bagaimanapun, katanya, pegawai penguat kuasa perlu mengemukakan pengenalan diri (kad kuasa) yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah (JPJ) sekiranya diminta berbuat demikian.

"Ia adalah selaras dengan Seksyen 123 (1) dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis dan kes itu dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Semua pihak dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu dan memberikan ruang kepada PDRM untuk melakukan siasatan.

"Jabatan ini sentiasa komited dalam memastikan tahap keselamatan pengguna berada pada tahap terbaik di samping menguatkuasakan undang-undang jalan raya," katanya.

Terdahulu, beberapa rakaman video serta laporan polis dibuat seorang pemandu bas yang diperiksa oleh tiga pegawai JPJ yang tidak memakai uniform atau vest tular di media sosial, baru-baru ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 11:32 AM | Show all posts
Driver bas tu betul. Gila ka tiba2 nak suruh ikut ke satu tempat buatnya kena rompak satu bas. Malaysia ni macam2 ada. Ustad pun boleh menembak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 11:38 AM | Show all posts
JPJ terpaksa menyamar sbb ada aduan bus driver amik drugs semasa memandu, memandu secara bahaya...kalu diorg pakai uniform, mcm mana nak tangkap driver2 nie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2024 11:41 AM | Show all posts
midori888 replied at 19-4-2024 03:38 AM
JPJ terpaksa menyamar sbb ada aduan bus driver amik drugs semasa memandu, memandu secara bahaya...ka ...

Iols, baca komen kat youtube.  Tetap kena tunjuk kad JPJ sebelum tahan bas, walaupun menyamar tak pakai baju JPJ.  Nih dah bertekak dgn driver bus, baru nak tunjuk kad JPJ
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 11:42 AM | Show all posts
EJALTI replied at 19-4-2024 11:41 AM
Iols, baca komen kat youtube.  Tetap kena tunjuk kad JPJ sebelum tahan bas, walaupun menyamar tak  ...

oic...kenapa takmo tunjuk card pulak?

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 11:44 AM | Show all posts
Apa punya SOP la.  semua org pun akan risau kalau ad org yang tak kenal dan tanpa sebtrang pengenalan diri paksa pergi ke suatu tempat. macam nak menyamun pula.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-4-2024 11:49 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 19-4-2024 03:53 AM
midori888 replied at 19-4-2024 03:42 AM
oic...kenapa takmo tunjuk card pulak?

Tak tahu la kenapa tak nak tunjuk kad JPJ.  Mungkin sebelum nih, memang keja tak ikut SOP, berangan terpaling berkuasa.  Itu yg netizen question.  Takut scammer nak rompak.  Ada yg komen kat youtube, memang procedure kena tunjuk kad JPJ sebelum menahan/question mana2 pemandu by JPJ.  Kalau tengok bideo kat youtube, bila bus driver bertekak and question tiga orang tuh pasal kad JPJ, baru nak tunjuk kad JPJ.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 11:51 AM | Show all posts
EJALTI replied at 19-4-2024 11:49 AM
Itu yg netizen question.  Takut scammer nak rompak.  Ada yg komen kat youtube, memang procedure ken ...

betul lah tu, kalu nak tahan org kena tunjuk kad kuasa dulu...kalu stakat nak menyamar, duduk dlm bus takde masalah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 12:03 PM | Show all posts
sepatutnya, sebelum keluar kereta, pakai vest JPJ.
lepas tu tunjuk kad kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau sampai tak tunjuk kad sampai bertekak baeu nak tunjuk tu mcm.something je
kita phm je nak menyamar semua tapi soalannya awat lambat nau tunjuk kad
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat² xpaham.
Depa tgh buat duit tepi lar
Savings dh kering wat raye
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara polis dgn jpj, i lebih tak suka jpj. Berlagak geng2 ni. I tak pernah kena tahan tp bila road block mmg muka msg2 beelagak eh
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 19-4-2024 11:41 AM
Iols, baca komen kat youtube.  Tetap kena tunjuk kad JPJ sebelum tahan bas, walaupun menyamar tak  ...

tp..ada gaq kekdah menyamar(tuk dptkan bukti)...nunggu depa buat salah..dh dpt bukti baru tunjuk 'kad kuasa'.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 19-4-2024 12:16 PM
kalau sampai tak tunjuk kad sampai bertekak baeu nak tunjuk tu mcm.something je
kita phm je nak meny ...

mungkin x dpt dibuktikan lg depa buat salah kot....sehinggala dpt bukti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.062869 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list