Edited by FOTHER-MUCKER at 19-4-2024 12:46 AM
Tular budak 8 tahun cedera dibuli, polis siasat 5 suspek bawah umur[size=0.875]FMT Reporters-19 Apr 2024, 04:09 PM
Mangsa warga Indonesia didakwa jadi mangsa buli anak jiran pengasuhnya.
Tular di media sosial seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia cedera dibuli.
PETALING JAYA: Lima suspek bawah umur disiasat disyaki terlibat dalam kes buli tular kanak-kanak perempuan warga Indonesia berusia lapan tahun. Timbalan Ketua Polis Kajang Muhamad Nasir Drahman, berkata hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu cedera dipercayai diperlakukan kanak-kanak berusia enam hingga lapan tahun, yang juga anak jiran pengasuh.
(Suspek) lebih kurang empat ke lima orang. Berusia antara enam hingga lapan tahun dengan mangsa cedera di kaki.
Semua suspek yang terlibat akan diambil keterangan berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Nasir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi kesalahan penganiayaan/pengabaian ke atas kanak-kanak.
Sejak semalam, tular di media sosial gambar kesan lebam pada kaki kanak-kanak itu yang didakwa teruk dibuli fizikal oleh anak jiran pengasuh, antaranya kaki diketuk dengan batu bata.
|