CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12924|Reply: 1

Gua Musang, Pasir Mas cecah suhu 37 darjah Celsius

[Copy link]
Post time 19-4-2024 09:14 PM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Empat daerah di Pantai Timur termasuk Gua Musang dan Besut dijangka menerima suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius selama tiga hari sehingga Ahad ini.


MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca panas dengan suhu diantara 35 hingga 37 darjah Celsius turut melanda Tuaran Sabah.


“Daerah Gua Musang, Tanah Merah dan Pasir Mas di Kelantan serta Besut, Terengganu serta Tuaran, Sabah sahaja dikesan mengalami cuaca panas pada tahap satu itu.


“Suhu maksimum harian diantara 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut,” ujar MetMalaysia.


Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk selama tiga hari berturut-turut melibatkan semua negeri Semenanjung dan beberapa tempat di Sabah dan Sarawak sehingga Ahad ini.


MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran cuaca buruk yang terdiri daripada hujan lebat, angin kencang dan ribut petir itu dijangka berlaku terutamanya pada sebelah petang sehingga ke awal malam.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2024 09:40 AM | Show all posts
mandi lanjei ke idok>
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.046102 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list