CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8398|Reply: 0

Piala FA: Chelsea bersedia benam Man. City buru final kedua

[Copy link]
Post time 20-4-2024 12:04 PM | Show all posts |Read mode

CHELSEA terdesak untuk mara ke final dan memenangi Piala FA bagi menyelamatkan musim mereka yang hambar. - FB CHELSEA

LONDON – Chelsea memerlukan rasa dendam yang terus membara untuk memastikan mereka mampu mengesahkan slot final Piala FA dengan menewaskan Manchester City pada aksi separuh akhir di Wembley tengah malam ini.

The Blues berjaya meningkatkan tahap keyakinan mereka apabila berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan lalu, malah kemenangan ke atas Manchester United serta kejayaan membelasah Everton 6-0 minggu lalu masih segar.

Pemain pertahanan Chelsea, Malo Gusto, 20, meluahkan keyakinan bahawa dia dan rakan sepasukannya sudah bersedia untuk membuat perhitungan menentang City dan mara ke pentas final adalah penting untuk mereka menutup mulut pengkritik musim ini.

“Perlawanan sebelumnya menentang Everton sangat penting, kami gembira dan puas hati dengan kemenangan besar tersebut. Ini membuat kami lebih yakin dalam menghadapi perlawanan separuh akhir Piala FA ini,” kata Gusto.

Chelsea sebelum ini berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Liga Inggeris, namun tewas kepada Liverpool dan Piala FA kali ini adalah satu lagi peluang untuk mereka meraih trofi ketika gagal mempamerkan prestasi terbaik di Liga Perdana Inggeris.

“Kami sedar bahawa Piala FA ini adalah peluang terakhir untuk kami memenangi trofi, jadi kami bekerja keras untuk membuat persiapan. Kami akan bermain dengan penuh yakin, kami ke Wembley untuk memenangi perlawanan,” ujarnya.

Musim ini menyaksikan Chelsea berjaya mengimbangi prestasi City apabila kedua-dua pasukan terikat 4-4 pada aksi Stamford Bridge, manakala mereka sekali lagi hanya mampu berkongsi mata selepas seri 1-1 pada aksi di Etihad.

Bagaimanapun, Chelsea berdepan kemungkinan hilang khidmat dua pemain tonggaknya, Raheem Sterling yang tidak beraksi ketika bertemu Everton, manakala Enzo Fernandez juga terpaksa disisihkan ekoran menjalani pembedahan hernia. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... y-buru-final-kedua/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.067117 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list