CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5709|Reply: 0

[Selangor] Dijanjikan pekerjaan, remaja terpedaya, diperkosa

[Copy link]
Post time 20-4-2024 01:45 PM | Show all posts |Read mode


GAMBAR Hiasan

Ampang Jaya: Remaja perempuan berdepan detik hitam apabila dirogol seorang lelaki yang menawarkan pekerjaan kepadanya di sebuah hotel di Taman Dagang, di sini, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, mangsa yang berusia 17 tahun mengatakan ditarik secara paksa oleh suspek untuk masuk ke dalam hotel berkenaan kira-kira 2 pagi.

Menurutnya, trauma dengan kejadian itu mangsa nekad untuk tampil membuat laporan polis.

"Mangsa memaklumkan dirogol sebanyak dua kali oleh suspek di hotel yang sama.


"Hasil siasatan mendapati, punca kejadian berlaku apabila mangsa dijanjikan pekerjaan oleh suspek dan diajak untuk berjumpa dengan majikan. Namun suspek merogol mangsa tanpa kerelaan mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Nazruel berkata, pihaknya berjaya menahan suspek lelaki tempatan berusia 36 tahun yang bekerja sebagai peniaga di Ulu Langat, 17 April lalu.

"Hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine, dan Methamphetamine," katanya.

Katanya, reman terhadap suspek dibenarkan selama enam hari bermula Khamis lalu sehingga Selasa ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 merujuk kepada amang seksual terhadap kanak-kanak.

"Hukuman Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 hendaklah dihukum dengan pemenjaraan maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... terpedaya-diperkosa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.248893 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list