CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9400|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis Pulau Pinang tahan empat mat rempit

[Copy link]
Post time 20-4-2024 02:42 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Butterworth: Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki dipercayai mat rempit kerana menunggang motosikal secara berbahaya dan bersaing sesama sendiri dalam Op Samseng Jalanan, di sini, awal pagi tadi.

Polis Pulau Pinang memaklumkan empat lelaki itu ditahan dalam operasi bermula 1 pagi hingga 6 pagi di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sama Gagah, Permatang Pauh, di sini.

"Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang mengadakan operasi membabitkan kumpulan motosikal berhimpun dan melakukan pelbagai aksi berbahaya.

"Dalam operasi itu, polis menahan empat lelaki dan menyita empat motosikal kerana melakukan aksi bersaing sesama sendiri, meniarap seperti Superman, zig-zag dan melawan arus yang membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain," menurut hantaran di Facebook, hari ini.


Empat lelaki terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis turut mengeluarkan sebanyak 19 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya memaklumkan lima motosikal disita dan 49 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan, awal pagi tadi.

"Selain membendung samseng jalanan, operasi juga bertujuan memastikan penunggang motosikal mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan," menurut hantaran Facebook, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-empat-mat-rempit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.047212 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list