CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9554|Reply: 0

[Kedah] Lelaki bawa keluarga minta sedekah untuk beli dadah

[Copy link]
Post time 20-4-2024 02:43 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Sungai Petani: Raih simpati orang ramai untuk bantuan bagi meneruskan kehidupan, namun seorang penganggur tergamak menyalahgunakannya untuk membeli dadah.

Dia sebelum itu dikesan membawa isteri dan dua anaknya untuk meminta sedekah di sekitar bank dan kedai makan sekitar daerah ini, sebelum dibantu oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Operasi Bantuan Murtadha Dakwah Centre (Madadcare), Muhammad Ridzuan Osman berkata, pihaknya sudah membantu lelaki berusia 24 tahun yang mendakwa anaknya menghidap pelbagai penyakit, sejak tahun lalu.

Katanya, semalam pihaknya juga menyewakan sebuah rumah untuk mereka tinggal sementara, selepas simpati melihat mereka tidur di dalam kereta di hadapan bank selama seminggu.

"Pasangan ini ada dua orang anak berusia setahun lapan bulan dan sembilan bulan. Baru semalam kami bantu keluarga itu dapatkan rumah bagi tempat tinggal sementara, tapi rumah itu sudah pun jadi 'port' hisap dadah.

"Kami akui terkejut selepas tuan rumah memaklumkan perkara itu selepas dia ke sana untuk melihat keadaan anak-anak mereka," katanya ketika dihubungi.


GAMBAR tular lelaki yang membawa keluarganya untuk meminta sedekah di Sungai Petani dan menggunakan wang sumbangan untuk membeli dadah.

Muhammad Ridzuan berkata, satu laporan polis telah dibuat sebelum lelaki berkenaan ditahan polis di tepi Jalan Kampung Binjul Dalam Tawar, Baling pada petang semalam.

Katanya, dua anak pasangan berkenaan juga telah diserahkan kepada keluarga isteri lelaki berkenaan di Kuala Ketil, Baling, malah lelaki itu mengaku dia meminta sedekah hari-hari untuk membeli dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat mengesahkan penahanan suspek, namun isterinya hanya diambil keterangan sebelum dibebaskan.

Katanya, hasil pemeriksaan menjumpai sepeket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin seberat 7.31 gram di tangan kirinya.

"Ujian saringan air kencing juga mendapati dia positif dadah dan soal siasat awal, suspek mengaku dadah dirampas miliknya, justeru siasatan dibuat mengikut Seksyen 39 A (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-untuk-beli-dadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.054053 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list