CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7589|Reply: 0

[Selangor] Muslim Care Malaysia terus salur bantuan ke Gaza

[Copy link]
Post time 20-4-2024 04:33 PM | Show all posts |Read mode

Zulkifli (dua dari kiri) memberikan duit raya kepada pengunjung Majlis Aidilfitri dan Rumah Terbuka MCM ketika ditemui di Muslim Care Malaysia Center di sini, hari ini.

BATU CAVES – Muslim Care Malaysia Society (MCM) akan terus menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza menerusi pintu sempadan Rafah walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk halangan disebabkan kawalan yang semakin ketat.

Presiden Muslim Care Malaysia Society (MCM), Zulkifli Wahijan berkata, situasi di Gaza kini semakin genting kerana hampir semua bentuk bantuan disekat sehinggakan rakyat Gaza berhadapan dengan risiko kebuluran yang tinggi.

Menurut Zulkifli, walaupun tercetusnya peperangan antara Iran dan Israel, pembunuhan terhadap rakyat Gaza tidak pernah terhenti malah berterusan sehingga ke hari ini.

“Situasi di Gaza kini amat sukar berbanding pada bulan November dan Disember tahun lepas. Selepas bulan Ramadan dan Syawal, bantuan makin susah untuk diagihkan jadi kita boleh berikan dalam skala kecil sahaja.

“Bukan sahaja kawalan di pintu sempadan Rafah sudah menjadi semakin ketat, kos untuk menyalurkan bantuan juga dikenakan cas yang sangat tinggi dan tidak munasabah.

“Malah, ada juga sukarelawan MCM yang syahid ketika sedang berkhimat di Gaza,” katanya ketika ditemui wartawan Kosmo! di Majlis Aidilfitri dan Rumah Terbuka MCM di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, walaupun sebahagian besar bantuan disekat, MCM masih mampu menyalurkan bantuan makanan kepada hampir 2,000 orang rakyat Gaza setiap hari demi kelangsungan hidup mereka.

Menurut Zulkifli, disebabkan ketiadaan bekalan elektrik atau gas, penduduk Gaza terpaksa menggunakan alternatif lain untuk memasak, salah satunya adalah dengan menggunakan ketuhar daripada campuran tanah dan air untuk membuat roti.

“Sumbangan makanan ini kami berikan dalam pelbagai bentuk. Ada yang kami berikan nasi berserta lauk.

“Walaupun berada dalam keadaan darurat dan terpaksa guna cara manual, kami akan pastikan bantuan makanan untuk rakyat Gaza akan terus diberikan walau dengan apa cara sekalipun.

“Namun, masih ramai rakyat Gaza yang terpaksa berpuasa setiap hari kerana ketiadaan makanan,” katanya.

Zulkifli berkata, walaupun berada dalam keadaan darurat, MCM turut menyumbang makanan ringan dalam bentuk coklat dan gula-gula buat kanak-kanak di Gaza ketika menyambut Aidilfitri.

“Malah, dalam keadaan genting seperti sekarang, kita juga sempat adakan kelas Al-Quran untuk anak-anak ini. Jika mereka syahid, insya-Allah syahid mereka itu dalam keadaan tenang,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ur-bantuan-ke-gaza/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.053091 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list