ADA segelintir suami tergamak meninggalkan isterinya apabila disahkan menghidap kanser.
Situasi berkenaan menyebabkan isteri yang kebanyakannya suri rumah hilang arah dan tempat bergantung, sekali gus sukar mendapatkan rawatan sewajarnya.
Pengasas Cancer Survivor Malaysia (CSM), Zuraini Kamal berkata, kes itu bukan isu terpencil, malah barubaru ini beliau didatangi wanita yang mengaku tidak menjalani rawatan kanser daripada awal, berikutan ditinggalkan suami tanpa sebarang nafkah.
Malangnya wanita berkenaan terpaksa menanggung derita kanser yang memasuki tahap empat paliatif tanpa kehadiran dan sokongan si suami di sisi.
Penjagaan paliatif merupakan perdekatan perubatan bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit yang berdepan penyakit mengancam nyawa yang
bertujuan untuk mengatasi dan mengurangkan penderitaan, sama ada melalui rawatan fizikal, psikososial dan spiritual.
Penjagaan berkenaan adalah untuk pesakit barah peringkat akhir dengan jangka hayat pendek.
“Kisah begini memang banyak. Ada suami tidak memberikan sokongan bahkan lari meninggalkan isteri terkontang-kanting bila dapat tahu kena kanser.
“Sedangkan pesakit memerlukan sokongan bukan sahaja daripada segi kewangan, tetapi sokongan moral untuk melawan penyakit,” kata Zuraini.
Paling tidak boleh diterima akal, bila ada dalam kalangan suami, tidak membenarkan isteri menjalani rawatankanser atas pelbagai faktordan menggunakan kuasa veto dalam membuat keputusan.
“Akhirnya, pasangan lambat mendapatkan rawatan sekali gus meningkatkan risiko kesihatan mereka sedangkan kanser berpotensi tinggi untuk sembuh sekiranya mendapat rawatan dari peringkat awal,” jelasnya.
TINGKAT KEFAHAMAN
Melihat kepada kes-kes sedemikian menyebabkan Zuraini merasakan pentingnya peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti CSM
untuk memberi pendidikan dan pencerahan mengenai penyakit berkenaan, terutamanya kepada golongan yang menetap di kawasan pedalaman dan kurang pendedahan kepada dunia luar.
“Pada awalnya saya tubuhkan persatuan ini sebagai kumpulan sokongan alam maya kepada pesakit kanser.
Sebagai bekas pesakit kanser, saya sangat memahami rakan-rakan senasib yang sangat memerlukan sokongan dan bantuan kerana bukan mudahuntuk menerima kenyataan tersebut,” katanya yang merupakan pemandiri kanser Endometrium.
Disahkan menghidap kanser dinding rahim itu pada Mac 2012, memori hitam itu masih tersemat dalam ingatan Zuraini.
Namun kesungguhannya menjalani rawatan sejak peringkat awal memberikan semula sinar dalam hidup dan menyedarkan dia bahawa proses ‘melawan’ penyakit berkenaan bukan mudah.
BANGKIT SEMULA
Zuraini mengambil masa selama empat tahun untuk bangkit semula dan hidup sebagai pemandiri kanser.
“Selepas kembali sihat, pada 2014 saya tubuhkan CSM untuk berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai pemandiri kanser.
“Saya mahu memberikan kesedaran tentang pengurusan rawatan kanser yang betul kepada pesakit berdasarkan pengalaman saya,” katanya sambil
menambah masih ramai yang takut untuk menjalani rawatan dengan pakar bertauliah.
Ujarnya, ramai yang masih menyalah tafsir kanser sebagai buatan orang dan lebih memilih rawatan alternatif berbanding berjumpa pakar di pusat perubatan.
“Masih ramai yang ingat kena buatan orang, lepas itu pergi jumpa bomoh.
“Ia berlaku sebab kefahaman mengenai kanser masih kurang. Bukan kata orang di pedalaman sahaja, di bandar pun masih ada yang berfikiran begini. Sebab itu kami ingin bagi kesedaran supaya pesakit mendapatkan rawatan awal,” kongsinya lagi.
CSM turut menghulurkan sumbangan kepada pesakit kanser yang memerlukan, terutamanya golongan asnaf memandangkan keperluan serta kos rawatan penyakit berkenaan agak tinggi.
“Kami beri apa yang mereka perlukan bukan apa yang kami ingin beri. Pengalaman kami sebagai pemandiri kanser membantu kami untuk tahu apa yang diperlukan sepanjang proses rawatan.
“Fokus kami adalah pesakit daripada golongan kurang berkemampuan. Kkebanyakannya tidak mempunyai insurans perubatan dan memerlukan sumbangan sama ada daripada segi kewangan mahupun barangan keperluan lain,” katanya.
*Utusan
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 20-4-2024 10:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Insaf gak dengar citer kak zu ni
Pesanan dia kalau boleh amikla yg positive
Adakan insuran utk both laki bini
At least boleh cover cost rawatan sebanyak mungkin
Adakala sebenarnya perkawinan itu tinggal nak rebah, penyakit datang mcm tu hanya sebab untuk pasangan blah. Jika sepanjang perkawinan, ego lebih besar dari perkawinan itu sendiri, layan pasangan spt hamba, etc ...maka ada kemungkinan psangan malah mengharapkan kematian jika kena penyakit dll
Pointnya disini ialah bina hubungan perkawinan yang cukup kuat dahulu, maka ada kemungkinan besar perkawinan survive dgn cabaran. Jika awal-awal dah mulai terlibat dengan sondol menyondol, tak jaga perkawinan.. tak ada apa yang dpt diharaplah dgn perkawinan tersebut.. tetapi mungkin senarionya berubah jika yang sakit adalah orang kaya, tapi tak semua adalah orang kaya jd tak terpakai utnuk semua oran
Post time 21-4-2024 05:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
plywood replied at 21-4-2024 03:04 AM
Adakala sebenarnya perkawinan itu tinggal nak rebah, penyakit datang mcm tu hanya sebab untuk pasa ...
Cinta, peghasaan, kasih sayang, hubungan sesama manusia ni memang pelik.
Ada sorang cikgu di daerah aku kemain la curang sampai berzina dengan student, tapi masa wife dia sakit teruk, dia juga yang gigih jaga. Idok la pula dia pi tinggalkan bini pi menikoh student Form 6 tu, aku pun tafaham.
Post time 21-4-2024 06:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by asmurai at 21-4-2024 06:13 PM
Decaffeinated replied at 21-4-2024 04:24 PM
Siapa yang kata cancer itu buatan orang mohon dikembiri agar tidak membiak. Sikit2 sihir.
btw peman ...
Sihir memang wujud, disebut dalam Quran dan Hadis. Rasulullah SAW sendiri pernah disihir. Siapa yang belum terkena sihir memang sedap mulut. Dah terkena nanti baru padan muka. By the way kanser tak semestinya specifically sihir tu sebut kenakan si polan ini dengan kanser tetapi kebanyakan adalah side effect sihir-sihir lain seperti racun santau yang bertahun tahun dalam badan merosakkan badan tu yang menyebabkan kanser.
Post time 21-4-2024 06:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
makcik ku pandai mengubat kayap. dtg sepasang suami isteri nk berubatlan isteri yg kata nya terkena kayap.
makcik tolak dgn baik dan mintak couple tu ke hospital sbb dia yakin perempuan tu sakit kanser payudara. tk boleh tepek² je dgn sirih
atau biji nangka muda.
Post time 21-4-2024 07:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
cashewnut replied at 21-4-2024 11:44 AM
Kaka terpikio apa tau, bini cikgu tu may be ada insuran/pencen/tanah/duit kepok-kepok
Idok juga. Same level ja meka. Aiol tau kesah cikgu tu sebab dia eksiden dengan skendel dia, pehtu henfon kena ambik orang. Gila kau nak memang aib abes leaked video dia ngan student tu, video dia rakam diri dia sexually assault bini dia masa bini dia tido tak sedar diri pun tersebar.
Ntah la. Bini dia pun tak tinggalkan dia despite all that.