CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9075|Reply: 0

Cancelo kesal keluarga turut diancam

[Copy link]
Post time 21-4-2024 12:31 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Barcelona, Joao Cancelo (kanan) menjadi punca Paris Saint-Germain diberikan sepakan penalti ketika aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. - Foto AFP

BARCELONA: Joao Cancelo mendedahkan yang keluarganya turut diancam selepas Barcelona tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah di tangan Paris Saint-Germain.

PSG bangkit daripada ketinggalan 3-2 untuk kemenangan 6-4 secara agregat di Stadium Lluis Companys Olympic, dengan skuad kendalian Luis Enrique akan bertemu Borussia Dortmund di separuh akhir.

Cancelo, pemain pinjaman dari Manchester City, bermain untuk tempoh 82 minit pada aksi timbal balik suku akhir dan terbabit dalam insiden kontroversi di pertengahan babak pertama apabila dia mengasari bekas pemain sayap Barcelona, Ousmane Dembele dan memberikan sepakan penalti kepada PSG.

Kylian Mbappe menyempurnakan sepakan berkenaan untuk meletakkan PSG di depan secara agregat, sebelum penyerang Perancis itu menambah derita Barca dengan gol kedua 10 minit kemudian.


Bek Portugal yang dikritik kerana menjadi punca PSG mendapat penalti berkenaan, mendedahkan yang dia menerima mesej yang mendoakan kematian keluarganya termasuk bayi dalam kandungan isterinya.

"Ada komen di Instagram yang mengharapkan kematian bayi kami yang masih belum dilahirkan.

"Mereka tidak berani mengatakannya kepada saya, kerana ia akan memberikan masalah, tetapi di ruangan komen, mereka menulis apa yang mereka suka.

"Mengharapkan kematian seorang bayi adalah sesuatu yang serius. Orang tidak berfikir tentang individu di sebalik pemain bola sepak yang mereka lihat di televisyen. Kami juga adalah manusia. Kita semua sama," kata Cancelo.

Cancelo mengakui ia adalah minggu sukar buatnya susulan keputusan berkenaan dan dia juga tidak dapat tidur, dengan Barcelona tewas buat kali pertama dalam 10 perlawanan.

Kini Cancelo mahu melupakan episod duka minggu ini dan bangkit dengan merakam kemenangan ke atas seteru La Liga, Real Madrid di Santiago Bernabeu malam ini. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... uarga-turut-diancam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.048043 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list