CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2363|Reply: 0

[Terengganu] Kontraktor kerugian lebih RM500,000 jadi mangsa pelaburan tak wujud

[Copy link]
Post time 21-4-2024 04:18 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Kuala Terengganu: Kontraktor menanggung kerugian sebanyak RM625,577 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata, kejadian bermula apabila lelaki berusia 41 tahun itu menerima tips berkaitan pelaburan Goldman Sachs Asia melalui aplikasi WhatsApp pada 3 Disember 2013.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam 'group' bernama X-1 GS (Asia) Securities Division pada 3 Januari lalu.

Katanya, melalui 'group' itu, ia menyalurkan tips saham Malaysia yang akan meningkat dengan testimoni menerima keuntungan.


"Pada masa sama, pihak syarikat menawarkan untuk menanggung kerugian sebanyak 75 peratus atas pelaburan yang dibuat.

"Mangsa kemudiannya mendaftar di platform yang diberikan oleh pihak syarikat untuk aktiviti pelaburan pada 6 Februari lalu.

"Mangsa membuat pindahan ke akaun syarikat pelaburan sebanyak RM625,577 bermula 12 Februari lalu, namun mangsa dikeluarkan daripada 'group' berkenaan pada 6 April lalu.

"Malah, 'group' berkenaan juga didapati tidak aktif dan mangsa membuat laporan polis pada 16 April lalu selepas gagal menghubungi pihak syarikat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mazli berkata, sebanyak 1,588 laporan membabitkan kes jenayah komersial diterima dalam tempoh bermula 1 Januari sehingga 13 April lalu berbanding 1,838 laporan pada tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 318 kertas siasatan dibuka berbanding 416 kertas siasatan yang dibuka pada tempoh sama tahun lalu.

"Kita juga menerima sebanyak 98 laporan polis dalam tempoh seminggu bermula 14 April lalu berbanding hanya 58 laporan pada minggu sebelumnya.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 20 kertas siasatan dibuka dengan jumlah kerugian sebanyak RM1,327,004," katanya.

Mazli berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan dengan pihak berwajib terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan dengan mana-mana syarikat.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya membuat semakan di portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil melalui pautan, https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ sebelum membuat sebarang pindahan wang ke dalam akaun yang tidak pasti.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pelaburan-tak-wujud

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.235722 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list