CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6602|Reply: 4

[Jenayah] 2 lelaki Rohingya jual dokumen UNHCR ditahan - Berita Harian

  [Copy link]
Post time 21-4-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by orangbiasaje at 21-4-2024 08:41 PM

Sumber: Berita Harian
Pautan: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1237224/2-lelaki-rohingya-jual-dokumen-unhcr-ditahan

KOTA BHARU: Dua lelaki warga Myanmar etnik Rohingya ditahan kerana terbabit dalam kegiatan pemalsuan slip permohonan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) kelmarin.

Lelaki terbabit yang berusia 28 dan 30 tahun yang juga etnik Rohingya ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen di sebuah rumah sewa di Kampung Changgal, dekat Pasir Puteh, jam 2 pagi.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan), Ruzaana Mohamed berkata, turut dirampas adalah wang tunai RM140,000 dan lima slip permohonan kad UNHCR palsu yang disyaki diproses oleh mereka.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu dipercayai terbabit dengan sindiket mengeluarkan slip permohonan kad UNHCR palsu dengan bayaran RM2,000 bagi seorang.

"Pemeriksaan di dalam rumah menerusi ops sapu/kutip menemui dua unit komputer riba milik suspek pertama yang berusia 28 tahun.

"Siasatan mendapati ada dokumen slip permohonan kad UNHCR yang dipercayai akan digunakan untuk mendapatkan kad UNHCR secara tidak sah dan teratur. Pemeriksaan selanjutnya menemui wang tunai RM140,000.

"Suspek pertama warga Myanmar yang juga etnik Rohingya menetap di negara ini dengan menggunakan kad UNHCR dan dia mengaku pemilik komputer riba," katanya pada sidang media di Pejabat Imigresen di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu menjalankan kegiatan mengeluarkan slip permohonan kad UNHCR palsu sejak tiga tahun lalu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, suspek pertama ditahan mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 (pemalsuan dan pindaan bagi pengendorsan atau dokumen) dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (penduduk dilarang membenarkan imigran haram untuk masuk dan tinggal di premis).

Menurutnya, seorang lagi warga Myanmar ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan siasatan lanjut masih dijalankan sama ada lelaki itu menjadi pembantu kepada suspek pertama.

Pada perkembangan yang lain, Ruzaana berkata, pihaknya juga berjaya menahan seorang lelaki dan tiga wanita warga Myanmar kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun. Kesemua mereka dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

"Imigresen menggesa orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
140k ko
Padan muka kita baik sgt dgn diorg ni...skrg ni rohingya sedang cuba menjajah sskjp. Sskjp kan bangga sbb rakyat negeri lain tk boleh beli tanah, properties kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
"sibelum kita mari kita suda buat kajian sini negara banyak lemah undang2...lagi dia worang lg banyak bodoh..."-rohingya la
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 12:31 AM | Show all posts
Dulu SSKJP menjajah Lembah Kley, Key Yell, Shah Ale

Skrg Rohingyuk pulek menjajah SSKJP.

Yuck yak yeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 06:02 PM | Show all posts
ishhh... takkanlah ummah terpaling teraniaya, dihalau sehelai sepinggang, terdesak tak tahu nak lari pegi mana dah... mampu jual beli dokumen UNHCR. untung ratus ribu pulak tuh. org local menyamar sbg myanmar kot. eh tak cayalah.


UNHCR keparat tu bila nak melingkup dan berambus dari Malaysia? Harap pihak Netflix terdetik hati nak buat doku psl dia org
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.057053 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list