CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5976|Reply: 0

EPL: Liverpool masih kekal dalam persaingan

[Copy link]
Post time 22-4-2024 09:55 AM | Show all posts |Read mode

PERTAHANAN Liverpool, Trent Alexander-Arnold (kanan) meraikan jaringan pertama pasukannya untuk memastikan kemenangan 3-1 ke atas Fulham di Craven Cottage, sebentar tadi. - AFP

LONDON – Liverpool belum ‘angkat bendera putih’ dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas memastikan tiga mata penting dengan menewaskan Fulham 3-1 di Craven Cottage, sebentar tadi.

Keputusan itu menafikan hasrat tuan rumah untuk merekodkan kemenangan pertama ke atas Liverpool sejak Mac 2021 dan ia adalah kekalahan kesembilan Fulham di tangan The Reds dalam 12 pertemuan terakhir.

Terdahulu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengambil pendekatan berani apabila merehatkan Mohamed Salah di bangku simpanan dan menyenaraikan Diogo Jota serta Cody Gakpo dalam kesebelasan utama.

Seperti aksi sebelum ini, The Reds seakan terus dipalit isu sentuhan penyudah dan hanya mengharapkan sepakan percuma, Trent Alexander-Arnold untuk mendahului permainan pada minit ke-32.

Bagaimanapun, hasrat Liverpool untuk menamatkan aksi babak pertama dengan kelebihan satu gol tidak kesampaian apabila Timothy Castagne meledak gol penyamaan pada masa kecederaan.

Lapan minit selepas aksi bersambung, Liverpool kembali berada di depan dan kali ini giliran Ryan Gravenberch mencetak nama selaku penjaring.

Walaupun tuan rumah cuba memberikan saingan, minit ke-72, sisa perjuangan Fulham akhirnya lebur selepas Jota meledak gol ketiga The Reds. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... l-dalam-persaingan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.068699 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list