CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8666|Reply: 0

[Kelantan] Hafizul dikawal ketat tiba di Mahkamah Kota Bharu untuk disambung reman

[Copy link]
Post time 22-4-2024 10:10 AM | Show all posts |Read mode

Anggota polis mengiringi Hafizul (kiri) semasa tiba pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu hari ini untuk prosiding sambung reman. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes tembak di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1), Sepang minggu lalu tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini untuk prosiding sambung reman.

Hafizul Hawari 38, yang memakai baju lokap berwarna oren dikawal kawal ketat anggota Bahagian Siasatan Khas (D9) tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.38 pagi tadi.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini hari ini untuk prosiding sambung reman selepas menjalani tahanan reman tujuh hari bermula Selasa lalu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Hafizul direman tujuh hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1, Sepang pada Ahad minggu lalu.

Perintah tahanan reman itu bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Hafizul ketika itu sempat memaklumkan kepada sekumpulan wartawan bahawa dia memerlukan tujuh peguam untuk mewakilinya dalam kes tersebut.

“Saya akan beri kerjasama kepada pihak polis. Saya memerlukan tujuh peguam dalam kes ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... uk-disambung-reman/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.092600 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list