CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6340|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Jual minyak masak terpakai bukan buang dalam longkang' - MBSP

[Copy link]
Post time 22-4-2024 03:02 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Perkhidmatan Perbandaran MBSP Ahmad Zabri Mohamed Sarajudin (kanan) meninjau pengumpulan minyak masak terpakai yang dijual orang ramai pada Program Pembelian Minyak Masak Terpakai di Stesen Kitar Semula Menara MBSP di Bandar Perda. FOTO Nur Izzati Mohamad

Bukit Mertajam: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menggalakkan orang ramai menjual minyak masak terpakai bukan dibuang ke dalam longkang mahupun sinki dapur.

Perbuatan itu menyebabkan longkang dan sinki boleh tersumbat sekali gus mengancam sistem perparitan sekali gus mengundang pencemaran serta bencana alam.

Pengarah Perkhidmatan Perbandaran MBSP Ahmad Zabri Mohamed Sarajudin berkata, MBSP mengamalkan ekonomi kitaran dengan menyasarkan status bandar sisa sifar menjelang 2030.

Menurutnya, pelbagai program kitar semula membabitkan pelbagai bahan terpakai giat dijalankan termasuk pengumpulan minyak masak terpakai di samping mendidik masyarakat menjaga alam sekitar.


"Perkara ini mudah tetapi apa kita dapati kebanyakan masyarakat susah nak buat pengasingan sisa dengan alasan tidak mahu mengotorkan rumah mereka khususnya minyak masak terpakai.

"Bila kita lihat di tapak pelupusan sampah ada yang membuang minyak masak terpakai bersekali dengan sisa lain.

"Ia mencemarkan kawasan dan paling mengecewakan ada yang ambil jalan mudah dengan buang ke dalam longkang serta sinki dan perkara ini amat menyedihkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Stesen Kitar Semula Menara MBSP di Bandar Perda, di sini, hari ini.

Menurutnya,

Menurutnya, pihaknya cuba mengatasi isu minyak masak terpakai menerusi syarikat yang mempunyai lesen Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk membuat pembelian.

Katanya, syarikat berpangkalan di Selangor membuat pembelian minyak masak terpakai sebulan sekali sejak November tahun lalu.

"Kita sangat berhati-hati dengan pemilihan kerana mendapat laporan ada syarikat tidak mempunyai lesen, selain minyak masak terpakai itu dipek semula sebelum dijual," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dalam-longkang-mbsp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.066112 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list