CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6777|Reply: 0

[Perlis] Ikrar ikan selayang tapi bawa juga udang putih

[Copy link]
Post time 22-4-2024 03:03 PM | Show all posts |Read mode

JKDM Negeri Perlis berjaya merampas 134 kotak berisi udang putih besar yang dianggarkan sebanyak 5,360 kilogram dalam dua buah lori di Bukit Kayu Hitam pada 11 April lalu. FOTO AIZAT SHARIF

Padang Besar: Dua pemandu lori ditahan selepas didapati cuba menyeludup 5.36 tan udang putih besar segar ke negara ini di Bukit Kayu Hitam pada 11 April lalu.

Penahanan mereka dibuat sepasukan anggota Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Perlis di Kilometer 1.4 Lebuhraya Bukit Kayu Hitam menghala ke Alor Setar kira-kira 1 tengah hari.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, berdasarkan maklumat pihaknya menahan dua lori yang dipandu dua lelaki tempatan berusia 40 dan 42 tahun.

"Hasil pemeriksaan ke atas lori terbabit menjumpai 134 kotak berisi udang putih besar dengan berat dianggarkan 5,360 kilogram (5.36 tan) yang diimport dari negara jiran.


"Semakan terhadap dokumen import Borang K1 mendapati terdapat butiran tidak diikrarkan dengan betul kerana mengikrar bekalan ikan selayang yang dibawa sahaja.

"Tindakan berkenaan menyebabkan kita terpaksa menahan kedua-dua lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat JKDM Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar, di sini, hari ini.

Menurutnya, rampasan bekalan udang putih besar segar berkenaan dianggarkan bernilai RM279,000.

Katanya, pada masa sama bekalan terbabit juga memerlukan permit import daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wa-juga-udang-putih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.055698 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list