CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24780|Reply: 0

[Sabah] Tiga nelayan tangkap ikan di kawasan larangan ditahan

[Copy link]
Post time 22-4-2024 09:26 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Ketiga-tiga nelayan beserta hasil laut diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk tindakan lanjut.
TAWAU: Tiga nelayan ditahan selepas didapati bersalah menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan sebuah bot di kawasan perairan kurang dua batu nautika dari daratan, semalam.

Semua suspek terbabit ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menerusi Op Khas Pagar Laut dan Op Sejahtera, kira-kira jam 4.15 petang.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, semua nelayan terbabit didapati menjalankan aktiviti menarik pukat berhampiran daratan kira-kira 1.7 batu nautika di Muara Sungai Merotai.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tiga lelaki terbabit terdiri daripada dua pemegang pasport warganegara asing dan seorang warga tempatan.

“Ketiga-tiga mereka berusia antara 42 hingga 63 tahun berada di atas bot berkenaan dan didapati melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat pada jarak 1.7 batu nautika dari daratan.

“Semua awak-awak, bot dan muatan hasil lautan diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, semua barangan termasuk bot nelayan, pukat dan muatan hasil laut yang dirampas itu dianggarkan berjumlah RM117,000.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari dua batu nautika dari daratan,” katanya.

Shahrizan berkata, Maritim Malaysia akan terus menjalankan pemantauan kes membabitkan nelayan yang melanggar syarat sah lesen dengan mengambil kesempatan menarik pukat pada jarak berhampiran pantai.

“Perbuatan itu boleh merosakkan ekosistem laut serta mengganggu aktiviti perikanan nelayan-nelayan tradisional di kawasan pantai.

“Orang ramai diminta membantu menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054930 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list