CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23922|Reply: 1

[Sarawak] Festival Koir Sarawak julung kali diadakan pada 21-23 Jun 2024

  [Copy link]
Post time 22-4-2024 10:43 PM | Show all posts |Read mode


Benedict (dua kiri) dan Susana (dua kanan) bergabung tenaga untuk menganjurkan Festival Koir Sarawak yang julung kali diadakan di Kuching.

KUCHING: Persatuan Paduan Suara Kuching dengan kolaboratif bersama Young Choral Academy Kuala Lumpur akan mengadakan Festival Koir Sarawak yang julung kali diadakan pada 21 hingga 23 Jun 2024.

Menurut satu kenyataan pihaknya hari ini, festival tersebut merangkumi pelbagai aktiviti – persembahan koir, bengkel koir, kelas master koir dan persembahan koir umum.

Aktiviti-aktiviti tersebut akan diadakan di pelbagai tempat di Kuching.

Festival koir pertama kali yang diadakan di Sarawak ini akan dapat meningkatkan taraf kumpulan-kumpulan koir kerana persembahan mereka akan dinilai oleh juri-juri antarabangsa dan tempatan yang terkemuka.

Antara juri antarabangsa yang akan menilai persembahan koir adalah Penolong Professor Vladimir Opačić daripada Akademi Seni, Universiti Novi Sad yang berasal dari Serbia.

Beliau merupakan pengasas dan konduktor yang terkenal bagi Serbian Choral Art Ensemble, ‘Serbica’ dan beliau juga telah memenangi banyak anugerah termasuk ‘Outstanding Choral Teacher Award’ pada Festival Koir Dunia 2023 di Hong Kong.

Tommyanto Kandisaputra terkenal dalam lingkaran koir serantau dengan penglibatannya yang telah berpuluh-puluh tahun dalam mempromosikan muzik serantau sebagai konduktor dan juri dalam pelbagai festival dan pertandingan koir peringkat antarabangsa.

Selain itu, beliau merupakan pengasas dan pengarah artistik bagi Studio Cantorum Bandung Choir Bandung Choral Society dan Bali International Choir Festival.

Susana Saw pula merupakan seorang pensyarah dan pengarah koir di Fakulti Muzik di Universiti Malaya (UM) dan Institut Seni Malaya (MIA) telah datang ke Kuching pada Januari 2024 yang lalu dan telah mengendalikan Bengkel Konduktor Koir pertama Sarawak yang dianjurkan oleh Persatuan Paduan Suara Kuching.

Program tersebut juga telah mendapat sokongan daripada Malaysian Association of Music Educator (MAME).

Beliau merupakan juri dan konduktor koir bagi MIA Ladies Chorus, Men’s Chorus dan Mixed Voices Choir yang telah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa.

Presiden Persatuan Paduan Suara Kuching Benedict Lo menjemput semua koir tempatan dan antarabangsa serta peminat muzik untuk menyertai festival berkenaan nanti.

“Dengan kehadiran panel juri antarabangsa dalam festival koir yang pertama kali di Sarawak ini akan dapat memberikan peluang yang terbaik bagi para penggiat kumpulan koir untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai koir dan dapat mempertajam kemahiran mereka.

"Pengalaman ini tidak akan dapat di mana-mana malah dapat memberikan manfaat kepada komuniti koir secara keseluruhan,” kata Benedict.

Tambah beliau lagi, pada tahun 2025, Kuching akan menjadi tuan rumah pertandingan koir antarabangsa.

Festival Koir Sarawak ini akan menjadi acara persediaan sebelum acara terbesar itu berlangsung kelak.

“Bagi peserta Festival Koir Sarawak, pengalaman yang diperoleh akan menjadi ilmu yang berguna untuk mempertingkatkan persembahan dan pengurusan kumpulan koir.

"Selain itu, festival ini juga terbuka kepada koir kanak-kanak dan koir remaja. Ini merupakan salah satu platform untuk menarik bakat muda dan diharapkan dapat mewariskan industri muzik serta budaya kepada generasi muda kita," ujarnya.

Persatuan Paduan Suara Kuching merupakan sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan, terdiri daripada ahli yang datang daripada pelbagai latar belakang sejak 2019.

Beberapa orang ahli telah membentuk Kuching Christmas Concert Choir dan telah memenangi Kategori Lagu Krismas di Second World Virtual Choir Festival 2020.

Ahli-ahli persatuan bersemangat dalam mempromosi dan memupuk rasa cinta dalam menghargai muzik koir melalui pendidikan, penglibatan dan kecemerlangan artistik di Sarawak.

Orang ramai atau mana-mana kumpulan koir yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Festival Koir Sarawak di https://www.sarawakchoralfestival.com/home dan harus mendaftar sebelum 26 Mei 2024.

Bagi para penderma yang murah hati dialu-alukan menjadi sukarelawan atau sebagai penaja dengan memberikan sumbangan kepada festival ini.
Maklumat lanjut boleh diajukan kepada penganjur di kuchingchoralsociety@gmail.com.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2024 10:51 PM | Show all posts
Boleh pergi ke festival ini jika berada di Kuching
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.213008 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list