CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 672|Reply: 0

Marquez mula 'jual mahal'

[Copy link]
Post time 23-4-2024 11:03 AM | Show all posts |Read mode

MARC Marquez. FOTO AFP

Madrid: Marc Marquez membuka pintu perbincangan kepada pasukan lain dan pengeluar dalam mencongak perjalanan kariernya pada tahun depan.

Marquez meninggalkan Honda untuk menyertai Gresini Ducati tahun ini, tetapi hanya terikat dengan perjanjian selama setahun.

Ini bermakna perbincangan mengenai masa depannya pada 2025 boleh dimulakan sekarang.

Dia ditanya oleh TNT Sports berhubung masa depannya, dan dia menjawab: "Saya menjangkakan bahawa pasaran akan menjadi lebih menarik.


"Ia akan mengambil lebih banyak masa untuk menandatangani kontrak. Setiap pengeluar sudah menandatangani pelumba terbaik.

"Ducati mengambil Pecco (Francesco Bagnaia), Yamaha mengambil (Fabio) Quartararo dan seterusnya adalah Aprilia.

"Mereka pasti akan mendapatkan satu daripada dua pelumba mereka, kemudian mereka akan menunggu pelumba kedua. Bagi saya, semua pintu terbuka luas.

"Jika anda pantas di atas litar perlumbaan, lebih banyak pintu terbuka untuk anda. Jadi ini adalah sasaran saya."

Tidak seperti musim lalu apabila Marquez memutuskan untuk meninggalkan Honda bagi mendapatkan jentera lebih kompetitif, dia kini mendapati dirinya bersama motosikal yang mampu bersaing di kelompok hadapan.

"Saya berada dalam kedudukan berbeza kerana saya menikmatinya dan saya rasa kompetitif. Saya terbuka untuk mendengar segala tawaran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uez-mula-jual-mahal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.506009 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list