CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4340|Reply: 0

Slot calon utama ganti Klopp

[Copy link]
Post time 24-4-2024 10:18 AM | Show all posts |Read mode

ARNE Slot. FOTO AFP

London: Jurulatih Feyenoord, Arne Slot muncul calon utama untuk menggantikan Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool, menurut laporan media Britain.

Slot, 45, mengetuai Feyenoord merangkul kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh enam tahun pada musim lalu dan memenangi Piala Belanda, Ahad lalu.

Dia menjadi pilihan utama untuk mengambil alih tugas pengurus di Tottenham setahun lalu sebelum menolak tawaran berkenaan.

Sky Sports, BBC, dan The Times kesemuanya melaporkan bahawa Slot kini mengetuai persaingan untuk tugas menggantikan tempat Klopp di di Anfield.


Bagaimanapun, The Reds mungkin berdepan saingan daripada Bayern Munich dan Barcelona, ​​​​yang turut mencari jurulatih baharu musim depan.

Bos Bayer Leverkusen dan bekas pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso menjadi pilihan apabila Klopp mengumumkan keputusannya pada Januari untuk berundur pada penghujung musim selepas hampir sembilan tahun memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, Alonso komited untuk kekal di Leverkusen selepas membantu kelab itu menjulang kejuaraan Bundesliga buat kali pertama.

Jurulatih Sporting Lisbon, Ruben Amorim juga dikaitkan dengan kekosongan jawatan di Liverpool tetapi beliau dilaporkan mengadakan perbincangan dengan West Ham, Isnin lalu mengenai kemungkinan menggantikan tempat David Moyes pada musim depan.

Slot berpindah ke Feyenoord pada 2021 selepas menunjukkan tugas cemerlang pada tahun pertamanya bersama AZ Alkmaar.

Dia mengetuai gergasi Belanda itu ke final Liga Persidangan Europa pada penghujung musim pertamanya, di mana mereka tewas tipis 0-1 kepada Roma di bawah bimbingan Jose Mourinho.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-utama-ganti-klopp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.256976 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list