CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4612|Reply: 0

[Kelantan] Lega dapat rumah sendiri

[Copy link]
Post time 24-4-2024 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Lega dapat rumah sendiri


Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my



HUSAM (dua kanan) menyerahkan replika kunci rumah kepada Sayed Sanusi (lima kiri) yang menjadi penerima pertama RMR 2.0 ketika ditemui Penyerahan Kunci RMR Peringkat Parlimen Machang di Kampung Bagan Bawah. FOTO Hazira Ahmad Zaidi




Machang: Selepas 16 tahun tinggal bersama arwah mentua, seorang peniaga kedai makan kini lega kerana mampu memiliki kediaman sendiri di Kampung Bagan Bawah.

Sayed Sanusi Sayed Kadir, 51, berkata, sebelum ini dia bersama isteri, Sharifah Noorhafiza Syed Mohd Alui, 39, bersama tiga anak berusia antara 6 hingga 14 tahun tinggal di rumah arwah mentuanya di Kampung Banggol Ara, Pasir Mas.

Katanya, sebelum ini dia membuat permohonan untuk Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) 1.0 namun mengambil tempoh masa yang lama disebabkan perlu menunggu giliran.

"Bagaimanapun sebaik mendapat tahu mengenai RMR 2.0, saya segera membuat permohonan bagi memiliki kediaman sendiri dengan bayaran pembinaan rumah RM55,000 selepas subsidi yang perlu dibayar secara tunai kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

"Pemilik tidak perlu mencagar tanah, selain proses pembinaannya juga lebih cepat serta tidak perlu menunggu giliran.

"Proses permohonan RMR 2.0 sangat mudah kerana saya membuat permohonan pada Februari lalu dan ia diluluskan tidak sampai sebulan dan kini sudah siap untuk diduduki," katanya ketika ditemui selepas Penyerahan Kunci RMR Peringkat Parlimen Machang di Kampung Bagan Bawah.

Terdahulu Sayed Sanusi menerima replika kunci rumah daripada Pengerusi SPNB, Datuk Husam Musa.

Sayed Sanusi berkata, perasaannya bercampur terharu dan gembira apabila menerima kunci rumah daripada Husam disebabkan tidak menyangka impian sejak sekian lama untuk memiliki kediaman sendiri menjadi kenyataan.

"Saya anggap ini rezeki kami sekeluarga dan pada masa sama, bersyukur kerana rumah yang dibina di atas tanah milik isteri berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan pada harga agak berpatutan," katanya.

Sementara itu, Husam berkata, menerusi RMR 2.0, SPNB menyasarkan untuk membina sebanyak 3,100 unit rumah bagi mempercepatkan peluang kumpulan B40 memiliki kediaman sendiri.

"Pelaksanaan program ini jauh lebih cepat jika dibandingkan dengan RMR 1.0 yang memerlukan pemohon menunggu giliran tertakluk kepada peruntukan yang disediakan oleh kerajaan setiap tahun.

"Kini Sayed Sanusi sekeluarga memiliki rumah RMR 2.0 yang pertama dan siap dibina dalam tempoh 45 hari dengan kualiti pembinaan yang menjamin keselesaan kepada pemohon," katanya.



Disiarkan pada: April 24, 2024 @ 1:31pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.060077 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list