CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3424|Reply: 0

[Kedah] PERKESO lunas lebih RM700,000 kepada penerima di Langkawi

[Copy link]
Post time 24-4-2024 03:47 PM | Show all posts |Read mode
PERKESO lunas lebih RM700,000 kepada penerima di Langkawi


Oleh Hamzah Osman - April 24, 2024 @ 3:19pm bhnews@bh.com.my




Pengurus PERKESO Langkawi, Nor Hanani Hamid (kiri) menyampaikan sumbangan faedah kepada penerima, Dzulkifli Ramli, 59 (tengah) pada Program PERKESO Bersama Pemimpin Masyarakat dan Jamuan Aidilfitri di Pejabat PERKESO Langkawi. NSTP/Hamzah Osman





LANGKAWI: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Langkawi melunaskan bayaran faedah berjumlah lebih RM700,000 kepada penerima di daerah ini yang layak dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Pengurusnya, Nor Hanani Hamid, berkata jumlah itu merekodkan peningkatan sebanyak 26.5 peratus berjumlah RM157,000 berbanding bayaran dalam tempoh sama tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, bayaran bagi faedah Hilang Upaya Kekal sebanyak RM349,674.07 adalah yang tertinggi, diikuti Hilang Upaya Sementara (RM285,436.65) dan Faedah Pengurusan Mayat (RM44,000).

"Selain itu, bayaran turut merangkumi pencen penakat dan ilat serta faedah orang tanggungan," katanya selepas menghadiri Program PERKESO Bersama Pemimpin Masyarakat dan Jamuan Aidilfitri di Pejabat PERKESO Langkawi di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Nor Hanani turut menyampaikan sumbangan faedah pekerja orang berinsurans (OB) kepada tiga penerima terdiri Dzulkifli Ramli, 59; Muhammad Faris Ahmad, 23, dan Dzul Afiq Zulkurnain, 32.

Ketika ditemui, Dzulkifli yang juga bekas pemandu pelancong dan kakitangan hotel, berkata bantuan yang diterima meringankan beban hidupnya selepas tidak mampu bekerja akibat menghidap penyakit jantung dan kencing manis.

"Saya kini bergantung hidup kepada pencen penakat berjumlah RM595 sebulan daripada PERKESO, selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.

"Alhamdulillah sumbangan ini amat membantu kerana saya juga terpaksa berulang-alik ke hospital bagi rawatan susulan masalah penglihatan serius bagi kedua-dua mata, malah mata kiri langsung tidak berfungsi," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048835 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list