CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6715|Reply: 45

[Tempatan] Edisi Andartu Forever: Baik membujang sampai tua daripada tanggung biawak hidup

  [Copy link]
Post time 24-4-2024 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ifanonline at 24-4-2024 04:09 PM

Baik membujang sampai tua daripada tanggung biawak hidup

Oleh MERAK JALANAN
23 April 2024 07:45am
Masa membaca: 4 minit




MERAK Jalanan ada terbaca di media sosial mengenai luahan beberapa orang gadis yang sudah menetapkan prinsip hendak membujang sampai tua.

Bagi mereka, itu adalah pilihan yang lebih baik setelah menyaksikan banyak kemudaratan yang berlaku di keliling mereka apabila rakan-rakan yang sudah berumah tangga hidup menderita.

Kata mereka, ada yang menjadi mangsa dera, ada juga habis berpuluh ribu majlis kahwin tapi tak sampai dua bulan kahwin sudah bercerai.
Ada juga teraniaya dapat suami pemalas, tak matang, scammers, curang dan macam-macam lagi kisah negatif.

Bagi mereka dengan kerjaya sedia ada yang stabil, hidup adalah lebih indah tanpa suami.

Mereka boleh ke mana-mana sahaja untuk melancong, membeli-belah dan berbakti kepada kedua ibu bapa tanpa sebarang kekangan.

Di alam nyata, Merak Jalanan sempat berbual dengan beberapa anak gadis kenalan ketika mereka berkunjung ke rumah terbuka Aidilfitri minggu lalu.
Ketika berbual topik yang sama diutarakan iaitu lebih baik membujang.

Mereka takut untuk berumah tangga setelah menyaksikan konflik melibatkan kenalan termasuk adik-beradik sendiri.

Ditambah pula dengan kemampuan wanita berkerjaya yang boleh berdikari tanpa memerlukan lelaki, maka keperluan untuk berumah tangga makin menjauh.

Walaupun ia hak masing-masing, Merak Jalanan berpandangan isu ini perlu dilihat dari sudut yang lebih mendalam.

Perkahwinan tidak boleh dilihat sebagai fasa kehidupan yang boleh menyebabkan hidup seseorang itu menjadi lebih buruk.

Ia sepatutnya dapat menjadikan pasangan itu lebih berjaya kehidupannya di dunia dan akhirat.

Maka, segala kelompangan berkaitan institusi perkahwinan perlu dikaji punca dari akarnya supaya isu negatif berkaitan institusi itu dapat dikurangkan.

https://www.sinarharian.com.my/article/660908/suara-sinar/pojok/baik-membujang-sampai-tua-daripada-tanggung-biawak-hidup



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2024 04:10 PM | Show all posts
Andartu Junior 28-34 tahun

Andartu Senior 35-39 tahun

Andartu forever 40 tahun keatas
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 04:20 PM | Show all posts
udah agak.. sure ang yg bukak topic utk cercaan acik2 andartuer berjemaah dlm porem ni

mentang2 udah abes poser nam naaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 04:44 PM | Show all posts
sembang!

padahal tak ada orang yg nak

shian
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 04:48 PM | Show all posts
ok la tu....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Org bekeluarga x tunjuk contoh yg baik kpd org bujang
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-4-2024 05:55 PM | Show all posts
mereka sanggup tanggung kucing dari tanggung biawak!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahahahhaha....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Syurga isteri terletak di bawah tapak kaki biawak tawww



Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ada yg nak tapi bewak nak buat apa..xde salahnya pun x kawen.



.

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Penis pun tidak laku sekarang... Ahaaa... ipan sudah habis idea maybe nothing untuk offer... Hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Para andartua ini bercakap seolah-olah majoriti lelaki M'sia ialah biawak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 24-4-2024 04:10 PM
Andartu Junior 28-34 tahun

Andartu Senior 35-39 tahun

bagaimana pula klasifikasi antertu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by annehuda at 24-4-2024 08:44 PM

Kenapa ada yang melompat bila perempuan taknak kawen? Lantakla tu pilihan hidup diorg kot. Bila korang deny memang ramai lelaki biawak kat Malaysia ni, memang takkan selesailah masalah lelaki biawak tu. Pastu expect perempuan kena terima kebiawakan lelaki tu. Like why? Where's the logic in that?

Lelaki zaman skrang ni nak bini macam mak zaman dulu, layan laki macam raja, tapi pada masa yang sama nak bini jadi wanita moden bekerjaya yang boleh sara keluarga. Pastu menyalak macam anjing bila perempuan pilih jadi single je. Lol. Bak kata Anna Shay, there ain't no dick that good
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 08:47 PM | Show all posts
Perkahwinan tidak boleh dilihat sebagai fasa kehidupan yang boleh menyebabkan hidup seseorang itu menjadi lebih buruk.


Tapi inilah realitinya sekarang...cuba check % andartu + % cerai = % terendah biawak di Malaysia...ini tak masuk jumlah yg sedang ditanggung oleh wanita2 cekal yg tidak mahu jadi andartu atau janda..meroket jumlahnya nanti maka akan makin terhina biawak2 seMalaysia

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 24-4-2024 04:10 PM
Andartu Junior 28-34 tahun

Andartu Senior 35-39 tahun

Happy je mana andartu pun. Bahagia kita cipta. Jangan sebab pressure orang gigih asal berlaki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpulang… tak payah guna isu kahwin utk resipi kebahagian. Yg kahwin pun sibok bermaduuuu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullah apa ipan tu ckp 40 ke atas mmg andartu forever
Pengecualian:
1. Hot cam che ta
2. Kaya cam tok vida
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 24-4-2024 04:44 PM
sembang!

padahal tak ada orang yg nak

Haha....tepat sekali
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Google andartu forever terus kuar cari forum

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.086936 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list