CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4103|Reply: 0

FAM tunggu laporan Garrido

[Copy link]
Post time 24-4-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode

JUAN Torres Garrido. FOTO IHSAN FAM

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menunggu laporan daripada pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Juan Torres Garrido sebelum mengambil langkah susulan dalam usaha memperbaiki prestasi pasukan muda negara itu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, laporan yang dikemukakan Garrido itu akan dibentangkan kepada jawatankuasa pasukan kebangsaan, yang dipengerusikan Presiden badan induk bola sepak itu Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Saya tidak boleh mengulas mengenai pasukan itu lagi kerana kami belum menerima sebarang laporan daripada jurulatih. Dia akan menghantar laporannya kepada jawatankuasa pasukan kebangsaan, dan tindakan akan diambil sewajarnya," katanya.

Mengikut rekod, Malaysia membuat penampilan ketiga di pentas Piala Asia B-23 dengan pencapaian terbaik adalah mara ke suku akhir pada 2018.


Ketika itu, pasukan yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee mara ke suku akhir sebelum tewas kepada jaguh Asia Korea Selatan 1-2.

Pada edisi 2022 menyaksikan Malaysia menghantar pasukan muda di bawah kendalian Brad Maloney, namun pasukan itu gagal melepasi peringkat kumpulan.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Al-Jonoub malam tadi menyaksikan skuad muda negara menutup kempen kumpulan D Piala Asia B-23 Qatar dengan tangan kosong apabila gagal mencatatkan sekurang-kurangnya keputusan seri untuk semua perlawanan diharungi mereka.

Skuad muda negara tewas 1-2 kepada Kuwait menerusi Salman Mohammed dan Talal Al Qaisi manakala gol Malaysia pula disumbangkan Haqimi Azim Rosli.

Berdasarkan kepada semua perlawanan kumpulan D yang diharungi Malaysia menyaksikan skuad muda negara hanya menjaringkan satu gol dengan dibolosi enam gol.

Malaysia tewas kepada Uzbekistan 0-2 pada perlawanan pertama kumpulan D sebelum tumpas di tangan Vietnam (0-2) dan semalam dibolosi Kuwait 1-2.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ggu-laporan-garrido
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru Afifah Nasir!
doubleA[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru A
Views : 27720 Replies : 214
Akibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah
YgBenarAkibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin
Views : 19943 Replies : 218
Eizlan Yusuf selamat bernikah
BoomibulatEizlan Yusuf selamat bernikah
Views : 22493 Replies : 135
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 7450 Replies : 43
PMX kata penjawat awam yang lembab dan bermasalah tidak naik gaji secara automatik.
YgBenarPMX kata penjawat awam yang lembab dan b
Views : 19834 Replies : 24
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 25627 Replies : 175
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7074 Replies : 32
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9501 Replies : 31
comel
rospinkicomel
Views : 7133 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.052960 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list