CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 970|Reply: 0

[Sabah] Tiada rancangan tubuh tribunal tanah di Sabah

[Copy link]
Post time 24-4-2024 06:53 PM | Show all posts |Read mode


NIZAM

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, setiap masalah yang ditimbulkan mempunyai peringkat termasuk Ordinan Tanah Sabah dalam menyelesaikan sebarang isu tanah yang dipertikaikan.

Katanya, sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati, isu berkenaan boleh membawa keputusan penyiasatan tanah oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) ke mahkamah untuk membuat keputusan.

Menurutnya, kerajaan setiap masa akan melihat perkara yang memberi manfaat dalam membantu dan membela nasib rakyat selain berharap undang-undang sedia ada dapat diperbaiki.

Beliau berkata demikian bagi menajwab soalan tambahan Datuk Raime Unggi (ADUN Dilantik) mengenai langkah yang perlu diambil kerajaan dalam menangani isu pertikaian tanah di negeri ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Sementara itu, Nizam turut menjawab soalan tambahan Datuk Annuar Ayub (STAR-Liawan) mengenai jumlah geran draf NT atau FR, bilangan kampung dan kawasan penempatan yang disediakan serta diwartakan oleh kerajaan negeri.

"Sejak 2020 hingga 2024, kerajaan negeri melalui JTU menyediakan sebanyak 16,760 geran draf tanah adat negeri (NT) atau 'Field Register' (FR).

"Di samping itu, sebanyak 223 kampung dengan keluasan 4,834.348 hektar atau 11,945.9 ekar dan 11 kawasan penempatan dengan keluasan 271 hektar atau 670.5 ekar diwartakan di seluruh Sabah.

"Semua ini membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dan terus fokus berusaha untuk membela rakyat dalam hal berkaitan isu Tanah Hak Adat (NCR) dan pemilikan tanah sebagai salah satu pendekatan untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat," jelasnya.

Dalam pada itu jelasnya, permohonan tanah yang diluluskan oleh kerajaan negeri sama ada syarat 'Country Lease' (CL) ataupun NT, adalah tertakluk kepada pengukuran di lapangan sebelum geran berkenaan dapat disediakan oleh JTU.

Menurutnya, sepanjang 2023, kerajaan menyediakan sebanyak 4,339 geran draf dengan keluasan 8,787.41 hektar untuk permohonan tanah bersyarat NT atau FR dan 406 geran draf dengan keluasan 5,199.53 hektar untuk permohonan tanah bersyarat pajakan (leases).

"Berdasarkan statistik JTU, jumlah geran tanah berdaftar NT/FR setakat 31 Mac 2024 adalah sebanyak 230,540 ataupun 54 peratus daripada jumlah keseluruhan geran tanah yang berdaftar di Sabah.

"Jumlah tanah pajakan (leases) berdaftar setakat 31 Mac 2024 ialah sebanyak 200,087 ataupun 46 peratus daripada jumlah keseluruhan geran tanah berdaftar.

"Tanah pajakan (leases) adalah penting dalam pembangunan ekonomi negeri Sabah iaitu dari segi kutipan hasil negeri, pembangunan, pelaburan dan juga peluang pekerjaan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa memastikan keseimbangan di antara bilangan keseluruhan NT atau FR dan tanah pajakan (leases) iaitu dari segi pemberimilikan tanah demi mencapai objektif Kerajaan Negeri untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan pembangunan negeri.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.054443 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list