CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 906|Reply: 0

[Borneo] Arak dan rokok tanpa cukai kastam bernilai RM12,000 dirampas di Miri

[Copy link]
Post time 24-4-2024 07:13 PM | Show all posts |Read mode


Minuman keras dan rokok putih pelbagai jenama yang didapati tidak mempunyai label pelekat cukai kastam berjaya dirampas polis di sebuah premis di Pujut Corner, Jalan Bypass Miri pada Isnin.

MIRI: Polis berjaya merampas pelbagai jenis minuman keras dan rokok putih pelbagai jenama yang didapati tidak mempunyai label pelekat cukai kastam dianggarkan keseluruhannya bernilai RM12,000, hasil serbuan di sebuah premis di Pujut Corner, Jalan Bypass Miri, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, serbuan dijalankan ke atas premis terbabit sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Pusat Miri kira-kira jam 11 pagi.

“Dalam menjalankan operasi kontraban, sepasukan pegawai dan anggota polis membuat pemeriksaan di dalam premis terbabit mendapati terdapat pelbagai minuman keras dan juga rokok putih pelbagai jenama yang tiada berlabel pelekat cukai kastam.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, polis merampas pelbagai jenama minuman keras beralkohol dan rokok putih dengan nilai anggaran rampasan kesemuanya adalah berjumlah RM12,000,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Menurut Alexson, penjaga premis iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu, orang yang disiasat dan semua barang rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Alexson menjelaskan kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.053293 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list