KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan 186 pekebun durian Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka, sebelum ini.
Selain itu, Hakim Datuk Mohd Radzi Harun turut menolak semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberi pajakan dan hak penggunaan tanah kebun itu kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
Dalam masa sama, hakim turut menolak permohonan pekebun untuk menyemak keputusan pemberian sub pajakan tanah kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
Mohd. Radzi Harun yang membaca keputusan terbabit dalam prosiding mahkamah turut mengarahkan pemohon untuk membuat bayaran kos RM600,000 kepada kesemua responden yang dinamakan.
Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Datuk Saiful Edris Zainuddin berkata, hakim memutuskan sedemikian berikutan kesemua pemohon disahkan sebagai penceroboh dan tidak ada hak dari sudut undang-undang mahupun ekuiti.
“Antara alasan penolakan semakam kehakiman juga adalah kerana tindakan kita (kerajaan negeri) mengusir mereka (pekebun) itu tidak ada unsur niat jahat.
“Selain itu pelan pemutihan itu tidak ada unsur berat sebelah kerana ia masih boleh dirunding lagi oleh kedua belah pihak,” katanya.
Terdahulu, pada 21 Ogos 2020 dua notis Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi telah difailkan oleh 110 pekebun diikuti oleh 94 pekebun pada 9 Disember 2020.
Kesemua pekebun menamakan enam responden iaitu pentadbir tanah Raub, pengarah perhutanan Pahang, kerajaan negeri Pahang, PKPP, Royal Durian Resources PKPP Sdn Bhd serta pihak berkuasa negeri.
Post time 25-4-2024 12:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bukan yang pesara tentera tu pun kena jugak ke? So apa hak privilege yang boleh dibagi pada penceroboh bangsa ni jugak!!!! Kalu lepas jugak depa ni memang sah le penakut dan tidak adil penguatkuasa. Bangsa ni kan bila dibagi betis nak peha billa dibagi peha nak perut and so on.
Post time 25-4-2024 04:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 25-4-2024 04:23 AM
insulin replied at 24-4-2024 11:36 PM
Tanah Aina ni yang mana satu? Yang tepi highway karak tu ke?
Haah.
Tapi kes Tanah Aina tu bukan masalah Restaurant dia tu....tapi laluan masuk dan parking kereta tu katanya Tanah Kerajaan Pahang.
So Pejabat Tanah Tutup laluan tu.
Pelik kan... sepatutnya support la dgn bagi kemudahan parking dan access...
Macam mana bagi pajakan tanah pada Tanah Aina...Tapi kerajaan Pahang tak sediakan access...pelik sebijik gaduh macam di Indonesia...bergaduh Gang (lorong)..tutup lorong ke rumah sebab tanah tu dia punya..masalahnye kes Tanah Aina kerajaan negeri pulak tu yg tak sediakan access dan gaduh dengan rakyat pasal access jalan
Post time 25-4-2024 09:03 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Seriously la..... sepatutnya sbg bekas tentera yg begitu byk berkhidmat untuk negara deolls consider la sikit hukuman tu. Bagi heols tmpt lain yg sesuai. Ini tak dhumban jugak. Kalau puak2 yg 1 tu boleh pulak delayed bicara bagai. Denda jer kena. Lokap dalam mimpilah. Dasar!!!¡
Post time 25-4-2024 10:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Masalah mana² tmpt nie bila orang pacak kuil, tokong, tanam sawit dkt tanah kerajaan bio jer buat bodoh smp bertahun². Nanti bila nak ambil balik punya payah, kena bagi tapak ganti la, pampasan la. Untung betul duduk MY nie.