CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5359|Reply: 84

[Tempatan] Ramai mengeluh bil elektrik melambung

  [Copy link]
Post time 25-4-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Isu bil elektrik yang ketika ini didakwa melambung tinggi antara keluhan disuarakan masyarakat di media sosial, malah ramai memarahi Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Cuaca tidak menentu dan kadang-kadang panas berbahang dikatakan punca utama bil elektrik melambung disebabkan penggunaan penyaman udara dalam tempoh lama.
Platform sembang sosial seperti di Facebook (FB) menerusi akaun FB, 'Bil elektrik TNB melambung tinggi ke?' yang diwujudkan turut menjadi tempat warganet meluahkan apa yang dihadapi mereka.
Ada dalam kalangan pengguna menyifatkan kenaikan bil utiliti itu tidak logik berbanding penggunaan tenaga elektrik.
"Anda semua rasa logik ke tak bil elektrik rumah ayah saya macam ini? Padahal beberapa bulan sebelumnya semua RM100++ sahaja. Kalau ia pun musim panas, penggunaan elektrik/penyaman udara tetap sama. Yang duduk rumah pun ibu dan ayah sahaja. Kali ini memang tak logik, cecah sampai RM1k (RM1,000++).
"Jika nak anggar pun biarlah logik. Rumah teres setingkat biasa sahaja, bukannya rumah banglo tiga tingkat bil sampai macam ini? Orang berniaga kek yang guna ketuhar 24 jam pun tak melambung bil macam ini," kata Najihah Rokman.
Beliau turut melampirkan bil bulanannya iaitu Disember 2022 (RM141.80), Januari 2023 (RM166.50), Februari 2023 (RM138.80), Mac 2023 (RM111.55), April 2023 (RM175.60) dan Mac 2024 (RM1,137.85).
Mk Mizi pula mempersoalkan respons daripada pegawai TNB yang terus-menerus membiarkannya menunggu jawapan berkaitan bil itu.
"Kepada TNB. Kenapa bil bulan Mei melambung begitu tinggi? Apabila saya buat aduan ditawarkan untuk pemeriksaan meter. Kakitangannya datang periksa kemudian beritahu meter okay dan jika untuk tindakan lanjut nanti ada pegawai hubungi.
"Tetapi sehingga hari ini tiada pegawai yang menghubungi saya yang sudah menunggu hampir sebulan tanpa sedar. Saya juga dah hubungi TNB dan emel berkali-kali, jawapan tetap sama dalam masa terdekat pegawainya akan hubungi saya. Berapa lama harus saya tunggu? Sampai bila>," katanya.
Ada juga komen yang mungkin bergurau seperti MoHd ArOy dengan komennya: "Boleh buat laporan polis ke pasal kes bil TNB tinggi ini? Mei punya bil macam tak logik. Penggunaan paling banyak RM170 maksimum dan diakui masa itu memang kerap guna ekon (penyaman udara). Mei punya bil ini cecah RM250 itu pun ekon guna sekejap. Orang lain ada cecah RM1,000. Naya betul."
Seorang pengguna lain dengan nama di akaunnya Bull Null pula katanya: "Tak boleh buat apa-apa. Kena diam dan terima dengan reda sahaja. Rakyat Malaysia kan semuanya T20. Apa nak dihairankan."
Terdahulu, dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 15 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata isi rumah yang menggunakan elektrik pada jumlah yang amat tinggi tidak lagi akan menikmati subsidi daripada kerajaan.
Perdana Menteri dilaporkan berkata, rumah perseorangan yang penggunaan elektriknya sangat tinggi umpama rumah itu guna tiga kipas dan empat penyaman udara, maka mereka harus membayar kos sebenar dan tidak menikmati subsidi.
"Maknanya, B40 dan M40 tiada kenaikan (tarif elektrik), tetapi rumah-rumah yang menggunakan elektrik yang tinggi akan dikenakan bayaran ikut harga pasaran.
"Ini kena faham, tiada kenaikan bagi 90 peratus rakyat, tetapi bagi rumah-rumah yang menggunakan elektrik berlebihan termasuk penggunaan penyaman udara yang banyak (akan ada kenaikan tarif)," katanya.
Musim perayaan, cuaca panas punca bil naik - TNB
Kuala Lumpur: Faktor musim perayaan dan cuaca panas menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga elektrik.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, trend peningkatan berterusan ini dicatatkan dengan rekod tertinggi permintaan maksimum bekalan tenaga sebanyak 19,716 Megawatt (MW) dicatat pada tahun lepas.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, syarikat utiliti nasional itu berkata, penggunaan tenaga dikesan meningkat bagi peralatan seperti penyaman udara dan kipas.
TNB berkata, ia menyumbang kepada peningkatan penggunaan tenaga bagi isi rumah seterusnya turut meningkatkan pengiraan bil.
Justeru, syarikat itu menyarankan kepada masyarakat untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah bagi peralatan elektrik yang digunakan bagi mengelak pembaziran dan kos yang tinggi.
Kata TNB, penjimatan penggunaan tenaga juga boleh membantu usaha menangani perubahan iklim serta kelestarian alam sekitar melalui pengurangan pelepasan karbon yang dijana oleh sumber bahan api fosil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang ada naik. Penggunaan sama tapi bil naik mencanak. Memang ada kaitan dengan cuaca panas ke walau penggunaan sama?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 10:41 AM | Show all posts
mmg giler naiknya...sblm ni 500 lbh...bulan 3 hrtu 700 lbh bil
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 10:44 AM | Show all posts
Penggunaan sama..?? Cer compare berapa jumlah kWh setiap bulan
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 10:45 AM | Show all posts
Nothing can stop mood raya....setinggi mana pun tariff electric....korang ghaser?


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 10:56 AM | Show all posts
mana forumer yg kata.....it will not make a difference tu?.....ce timbul jap....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah iols pun bil naik juga.
Sbb b4 ni kan cuaca panas..masa ramadan kerap guna
peralatan elektrik nak masak untuk berbuka.
Pastu panaskan lauk.
Redha je la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 11:06 AM | Show all posts
akies replied at 25-4-2024 10:59 AM
Rumah iols pun bil naik juga.
Sbb b4 ni kan cuaca panas..masa ramadan kerap guna
peralatan elektrik  ...

kalau bil naik sbb penggunaan bertambah...logik la...tapi kalau penggunaan sama bil naik...tu baru logic nak menyirap....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2024 11:06 AM | Show all posts
akies replied at 25-4-2024 10:59 AM
Rumah iols pun bil naik juga.
Sbb b4 ni kan cuaca panas..masa ramadan kerap guna
peralatan elektrik  ...

ada sampai 1k ke sebulan bil naik?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk la bil tu dan compare bil sblm2 ni sblm bitchin platao psl pengunaan samaa je tu.aku dah compare mmg bulan ni lebih
sikit.ko pakai ko bayar le bai
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang sudah naik pun.. Bulan puasa.. Banyak masak kat rumah n panas lagi.. Guna Kipas pun 24 hours on.. Buka aircon bila malam jer nak tido.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 11:14 AM | Show all posts
cer tunjuk jumlah penggunaan..ada difference tak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 11:30 AM | Show all posts
dah musim kemarau kau on aircond full blast 24jam mmg lah bil mencanak2 kak oiii..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols tiap2 bulan tgk unit kwh yg digunakan.


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 11:58 AM | Show all posts
naik RM30 jer dari bil bulan lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu byk duk rumah bln lps, puasa tgh panas On aircond 20 jam bayar jelah uolss.

Bil letrik rumah ktorg rm87.85 je
Siang kt opis, aircond ON weeknd je klu duk rumah. Yg kerap guna fridge 2, microwave, masak air panas, mesin basuh 2-3x semnggu gna.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 12:16 PM | Show all posts
Ada naik, faham la dah memang tiap malam on aircond. Sebelum ni aircond tak on sangat. Takda terasa kena bayar lebih since tiap bulan mmg bayar extra. Tolak je la drp situ.

Syukur this week dah tak perlu on aircond. Lemas betul tidur dalam aircond ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 25-4-2024 11:06 AM
ada sampai 1k ke sebulan bil naik?

Ada jenjiran sini dari 500 jadi 1000 lebih. Rumah SG naik seratus camtu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 12:28 PM | Show all posts
cuba check bacaan meter tu..
kadang staff tnb mata kero..
rumah i pernah je dari tak pernah capai rm100 tiba jadi dekat 4 5 ratus..
so i gi tengok meter reading luar, dia salah baca..
gigih ok panjat tembok nak tengok meter
so i snap gambar current meter reading, buat report ke tnb..
nanti staff dia akan selaraskan balik bacaan and bagi bill baru..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 12:31 PM | Show all posts
kurangkan guna aircond kt rumah..
x mati pun kalau panas sekejap..bukak kipas, tingkap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.087521 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list