CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 690|Reply: 0

KOM cabar Azeem catat masa 10.01s

[Copy link]
Post time 25-4-2024 10:56 AM | Show all posts |Read mode

AZEEM (tengah) akan pulang ke tanah air mewarnai saingan Terbuka Malaysia pada 14 hingga 16 Jun depan. - AUBURN TFXC

PENGARAH Teknikal Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard berkata, pihaknya akan melakukan sehabis baik untuk membantu pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi meraih slot secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun, Ballard berharap pelari negara yang bakal menyambut usia 20 tahun pada 29 April ini perlu menggandakan usahanya terutama memburu catatan bawah 10.01 saat (s) dalam empat kejohanan terakhirnya di Amerika Syarikat (AS).

Ujar Ballard, sekiranya Azeem terlepas mencatat 10.01s, pelari muda negara itu akan pulang ke Malaysia untuk memburu catatan terbaik sewaktu menyertai Terbuka Malaysia pada 14 hingga 16 Jun depan.

“Dia (Azeem) akan berlari lagi dalam tempoh terdekat ini dan kami harap Azeem akan menunjukkan kepada kami prestasi yang sangat baik.

“Dia perlu berlari dengan sangat pantas kerana dia perlu mencatat masa 10.01s dalam tiga perlumbaan seterusnya atau kedudukan lebih baik bagi memastikannya kekal dalam ranking 56 teratas dunia.

“Apapun, 10.31s yang dicatat Azeem setakat ini di Universiti Auburn adalah isyarat yang lebih baik daripada minggu lepas apabila dia mencatat 10.44s. Jadi itu satu peningkatan yang baik.

“Jadi, kami berharap apabila Azeem tamat kejohanan terakhir di Amerika Syarikat, dia boleh menyertai Terbuka Malaysia pada 14 hingga 16 Jun nanti. Apapun, saya meletakkan harapan cukup tinggi Azeem mampu capai 10.01 di AS,” kata Ballard.

Azeem melakar catatan tahunan terbaiknya bagi 2024 dengan masa 10.31s dalam acara 100 meter (m) untuk menduduki tempat ketiga pada Kejohanan Tiger Track Classic di Alabama, Ahad lalu.

Pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s itu dijangka menyertai Jemputan LSU di Baton Rouge, Los Angeles pada 27 April ini sebelum menghadapi Kejuaraan SEC (9-11 Mei) dan Kelayakan NCAA (22-25 Mei) dan Kejuaraan NCAA (5-8 Jun). – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -catat-masa-10-01s/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.069856 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list