CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 598|Reply: 0

[Kedah] Tragedi helikopter TLDM: Gurauan adik, saya jadi bongsu benar-benar terjadi

[Copy link]
Post time 25-4-2024 10:58 AM | Show all posts |Read mode

Allahyarham Muhammad Faisol selamat dikebumikan mengikut istiadat ATM di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Muhtadin di Sik Dalam, Sik malam tadi. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

SIK – “Saya tidak sangka apa yang arwah adik sebut semasa kami bertemu pada hari raya pertama lalu iaitu saya akan jadi (anak) bongsu selepas ini benar-benar terjadi”.

Demikian kata Maizatul Akmal, 41, kakak kepada Pegawai Waran II, Allahyarham Muhammad Faisol Tamadun, 36, ketika ditemui pada majlis pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Muhtadin di Sik Dalam, di sini malam tadi.

Katanya, arwah yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik berkata demikian ketika bersalaman dengannya pada hari raya lalu.

“Semasa arwah balik raya, dia memang bagi banyak petanda kepada kami (adik beradik). Salah satunya ketika salam dengan saya sebelum balik, dia kata lepas ini kak akan jadi bongsu.

“Selepas itu, saya kata kenapa cakap macam itu dan dia hanya gelak. Masa itu tak rasa apa-apa sebab arwah memang suka bergurau, namun selepas kejadian baru saya sedar inilah jawapan kepada apa yang arwah sebut tempoh hari,” katanya yang merupakan anak ketiga dan bertugas sebagai anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis, Pahang.

Katanya lagi, sebelum kejadian, arwah sempat menghubunginya untuk memaklumkan dia terlibat dalam penerbangan.

“Arwah telefon saya dan kata kak, adik nak terbang dah, saya jawab hati-hati, kak tunggu adik. Saya ada WhatsApp dia juga dan pada pukul 9.13 pagi dia buat emoji gelak kepada saya. Itu yang terakhir sebelum saya dimaklumkan tentang kejadian,” ujarnya.

Tambahnya, kehilangan arwah memberi kesan mendalam kepada dirinya dan keluarga kerana mereka baru sahaja kehilangan ibu bapa pada tahun lalu.

“Saya bangga dengan arwah kerana ramai kawan, pegawai dan panglima (TLDM) beritahu Chon (arwah) adalah yang terbaik, namun perasaan kehilangan itu sangat berat buat saya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... enar-benar-terjadi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.444427 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list