CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1045|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Geng Bean Keramat tumpas

[Copy link]
Post time 25-4-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Polis menumpaskan Geng Bean Keramat yang aktif mencuri motosikal susulan penahanan dua suspek termasuk dalang utama dalam dua serbuan berasingan di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, pada Isnin lalu.

Penahanan dua lelaki berusia 33 dan 37 tahun itu dibuat pasukan Bahagian Risikan Jenayah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Habibi Majinji berkata, serbuan pertama jam 11.30 pagi di sebuah rumah pangsa di Taman Keramat di sini, menahan seorang lelaki yang juga dalang utama kes berkenaan.

"Polis berjaya merampas empat motosikal pelbagai jenama disyaki curi.


"Hasil soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan kedua di sebuah bengkel di Jalan Kayu Ara, Seremban, Negeri Sembilan pada jam 3 petang.

"Dalam serbuan itu, kita (polis) menahan rakan sejenayah yang juga pemilik bengkel dan mekanik. Polis menemui 10 motosikal pelbagai jenama dan enam bongkah enjin motosikal serta satu alat pencanai," katanya dalam sidang media di IPK Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Habibi berkata, siasatan mendapati motosikal yang dirampas itu pernah dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang dan Pahang dengan geng berkenaan disyaki aktif melakukan kegiatan jenayah terbabit sejak beberapa bulan lalu.

"Modus operandi geng itu adalah mensasarkan motosikal berkuasa 150cc. Suspek utama bersama dua rakannya yang masih bebas akan mencuri motosikal sebelum dibawa ke bengkel di Seremban untuk dileraikan dan komponen dijual ke pasaran serta pelanggan tetap," katanya.

Katanya, polis sudah mengenalpasti dua suspek yang masih bebas dan sedang giat mengesan mereka.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis tidak menolak kemungkinan akan terdapat lagi rampasan motosikal lain selepas ini.

Kata beliau, kedua-dua suspek direman lima hari sehingga esok bagi siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes kecurian motosikal supaya menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bean-keramat-tumpas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049715 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list