CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 702|Reply: 0

[Sabah] Festival Kulintangan berupaya angkat martabat etnik

[Copy link]
Post time 25-4-2024 05:12 PM | Show all posts |Read mode


RASMIKAN: Matbali memalu gong sebagai simbolik perasmian Festival Kulintangan PBBS Zon Suasa, Bangkalalak dan Kabajang yang diadakan di Dewan Terbuka Keramis, Kg Suasa.

BEAUFORT: Penganjuran Festival Kulintangan yang dianjurkan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Zon Suasa, Bangkalalak dan Kabajang di Dewan Terbuka Keramis, Kampung Suasa baru-baru ini diyakini berupaya mengangkat martabat etnik Bisaya.

Berucap merasmikan festival itu, Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah berkata, penganjuran berkenaan bukan sahaja dapat mengangkat martabat etnik Bisaya malah mampu memelihara seni budaya etnik itu.

"Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Pengerusi Pelaksana Festival Kulintangan PBBS Zon Suasa, Bangkalalak dan Kabajang, Sani Mokjin bersama ahli jawatankuasanya kerana berjaya mengadakan festival ini dengan lancar dan jayanya.

"Usaha-usaha ini saya yakin bukan sahaja dapat mengangkat martabat etnik Bisaya itu sendiri malah secara tidak langsung juga mampu mengetengahkan bakat pemain kulintangan daripada kalangan masyarakat Bisaya sekaligus mempromosikan keunikan seni budaya kaum Bisaya, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Kulintangan anjuran PBBS Zon Suasa, Bangkalalak dan Kabajang yang diadakan di Dewan Terbuka Keramis Kampung Suasa baru-baru ini.


ALBUM: Matbali merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pimpinan PBBS yang hadir di majlis itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Matbali yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Koko Malaysia menyarankan kepada belia terutama dalam kalangan masyarakat Bisaya supaya mempelajari alat kulintangan agar seni itu kekal sehingga ke generasi akan datang.

Katanya, walaupun dunia semakin ke arah teknologi moden tanpa sempadan, seni budaya perlu terus dipelihara dan dipertahankan kerana setiap etnik memiliki ciri tersendiri serta keunikan yang begitu berharga.

Seni budaya kata Matbali merupakan khazanah yang wajar dipertahankan bukan sahaja bagi memastikan ia tidak pupus ditelan peredaran zaman tetapi juga memastikan generasi akan datang dapat memeliharanya.

Sempena festival itu, turut diadakan pertandingan mewarna serta sukan rakyat dan sesi penyampaian hadiah bagi kedua-dua acara itu disampaikan oleh Matbali sendiri di penghujung majlis dan kemudian menikmati sedikit jamuan yang disediakan di jeti Keramis Kg Suasa.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.058773 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list