CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1476|Reply: 8

[Tempatan] Boleh keluar wang dari Akaun 3 KWSP bila-bila masa

[Copy link]
Post time 25-4-2024 05:36 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Semua akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel berkuat kuasa 11 Mei 2024.

KWSP dalam satu kenyataan media berkata, Akaun Persaraan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan, manakala Akaun Sejahtera untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.

“Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam Akaun Fleksibel itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

“Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

“Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut iaitu 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus ke dalam Akaun Sejahtera dan 10 peratus ke dalam Akaun Fleksibel,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, fokus utama inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP untuk memperkasa ahli dalam membuat keputusan bagi mengimbangi keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Ujar beliau, inisiatif itu juga dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka menerima pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan. – KOSMO! ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat la apa sistem pun kalo pendapatan nisbah kos Sara hidup x seimbang x kan jd apa punya.

Kena paham apa masalah sebenar golongan2 pencarum kwsp ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2024 05:41 PM | Show all posts
Akaun 3 KWSP Bakal Bermula 11 Mei, Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu



Bemula pada 11 Mei 2024, semua akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur di bawah 55 tahun akan mempunyai tiga akaun iaitu Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3) selepas penstrukturan baru yang diumumkan baru-baru ini.

Pengumuman berkenaan dibuat susulan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP yang bertujuan untuk menambah baik keselamatan pendapatan persaraan dan dalam masa yang sama dapat memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Menurut Ketua Pewagai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, fokus utama inisiatif penstrukturan semula berkenaan adalah bagi memperkasa ahli dalam membuat keputusan dalam mengimbangi keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.



Jadi bermula 11 Mei nanti, secara automatiknya, ahli yang berumur 55 tahun dan kebawah akan ada 3 akaun berbanding 2 sekarang ini dengan perincian fungsi seperti berikut :

Akaun Persaraan (Akaun 1) : Mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan.
Akaun Sejahtera (Akaun 2) : Menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.
Akaun Fleksibel (Akaun 3) : Menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek.
Mekanisme Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Menurut laman web KWSP, baki dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera masing-masing akan kekal manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.



Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut :

75% ke Akaun Persaraan
15% ke Akaun Sejahtera
10% ke Akaun Fleksibel
Selain itu, antara 11 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli diberi pilihan sekali sahaja untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera mereka (sebelumnya dikenali sebagai Akaun 2).

Sekiranya ahli tidak memilih untuk mempunyai amaun permulaan, maka tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel akan bermula dengan caruman baharu yang akan dikreditkan ke dalam akaun ahli selepas tarikh pelaksanaannya nanti.

Pun begitu, pindahan amaun ke dalam Akaun Fleksibel adalah berdasarkan jumlah baki yang terdapat dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan pilihan dibuat oleh ahli.

Kaedah pindahan adalah mengikut pecahan seperti di bawah :



Situasi A : Baki dalam Akaun Sejahtera adalah RM3,000 dan ke atas :

10/30 daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
5/30 daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan.
15/30 akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.
Situasi B : Baki dalam Akaun Sejahtera adalah kurang dari RM3,000 :

Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 ke bawah – semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
Akaun Sejahtera mempunyai baki antara RM1,000 – RM3,000 – amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, baki dipindahkan ke Akaun Sejahtera.
Perlu ditekankan di sini bahawa ahli boleh membuat pilihan untuk pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel sebanyak satu (1) kali sahaja bermula daripada tarikh kuat kuasa sehingga 31 Ogos 2024.

Mereka yang ingin memanfaatkan pilihan tersebut boleh membuat permohonan melalui aplikasi KWSP-i-Akaun atau terminal layan diri yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

Pengeluaran Akaun Fleksibel

Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran iaitu sebanyak RM50.

Selain itu, permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.


https://lobakmerah.com/akaun-3-k ... ng-perlu-anda-tahu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglaaa ada akaun top, akaun bottom dengan akaun flexi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2024 06:59 PM | Show all posts
EPF Account 3: All you need to know

Between May 11, 2024 and August 31 2024 however, EPF members will have a one time option to transfer part of the savings in Account 2 into Account 3.

If you opt-in and have more than RM3,000 in Account 2, 33 per cent of the monies will go to Account 3, and 17 per cent will go into Account 1. The remainder will be retained in Account 2.

If you opt-in and have less than RM3,000 in Account 2, only up to RM1,000 will be transferred into Account 3. No transfer will be made to Account 1.

Opt-in applications can be submitted through the KWSP i-Akaun application or the Self-Service Terminals at any EPF branches nationwide.


https://www.nst.com.my/business/ ... -you-need-know-bttv
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah takkan selesai, bahkan masalah lain akan timbul in future
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2024 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg netizen duk bising2 bagai ni ntah2 acc epf pun takde sbb tak pernah keje formal
Nak suruh depa bukak acc epf bila keje informal??? Sah2 la lagi depa x hengen..baik depa merempit
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 10:55 AM | Show all posts
hokayyyyyy.,....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 11:36 AM | Show all posts
"manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar."

dan akan kekal sifar sampai bila2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.077289 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list