CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 620|Reply: 0

[Sarawak] UTS dijangka tarik lebih ramai pelajar antarabangsa

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:11 PM | Show all posts |Read mode


(Duduk di meja tetamu kehormat) Khairuddin (enam kiri), Wong (lima kiri), Zulkipli (dua kanan), Andy (tiga kiri) serta tetamu jemputan merakam kenangan pada Malam Penghargaan UTS, semalam.

SIBU: Lebih ramai pelajar antarabangsa dijangka memilih Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Sibu sebagai destinasi pengajian tinggi mereka.

Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata, ini terutamanya pelajar dari negara-negara ASEAN iaitu Indonesia, Brunei, China dan Indo-China.

"Begitu juga kami (UTS) sedang giat untuk mendapatkan tenaga pengajar dan penyelidik dari luar negara pada tahun mendatang demi meletakkan UTS dan Sibu di peta dunia," katanya dalam ucapan perasmian Malam Penghargaan UTS 2024, semalam.

Dalam usia 11 tahun ini katanya, UTS sedang berkembang pesat dalam usaha pengambilan pelajar antarabangsa dan mengantarabangsakan tenaga pengajar universiti tersebut.

"Ini selaras dengan pelan strategik UTS 2024-2030 yang mana kita ingin menjadikan UTS sebagai universiti bertaraf global dalam bidang pendidikan teknikal dan profesional.

"Oleh itu, majlis malam ini juga merupakan satu tanda penghargaan dan terima kasih kami kepada pihak-pihak yang telah banyak memberi bantuan, kerjasama dan sokongan sejak tertubuhnya universiti ini pada tahun 2013," ujarnya.

Turut hadir ialah Residen Bahagian Sibu Datu Wong Hee Sieng, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.049731 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list