CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 640|Reply: 0

[Sarawak] KKM pertimbang tapak baharu bagi KK Long Lama

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:17 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan untuk mencari tapak pembinaan baharu Klinik Kesihatan (KK) Long Lama yang kini beroperasi sebagai klinik interim.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, perbincangan bersama wakil rakyat tempatan akan diadakan berhubung perkara ini.

"Untuk perancangan seterusnya, saya akan berbincang dengan wakil rakyat setempat tentang cadangan daripada KKM sama ada untuk menyelamatkan struktur klinik sedia ada atau kita mempunyai kaedah pembangunan yang lebih baik dan komprehensif untuk KK Jenis 3 di Long Lama.

"Kita memerlukan tapak baharu sekiranya kita merasakan hakisan tapak yang diselamatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) masih lagi berisiko dan tidak selamat diduduki," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Kursus Pengurusan Darah Pesakit Wilayah Utara (PBM) di sini, hari ini.

Lukanisman yang juga Ahli Parlimen Sibuti memberitahu, KKM sebelum ini telah meluluskan cadangan penubuhan klinik interim di Long Lama bagi menggantikan pengoperasian perkhidmatan kesihatan yang telah dipindahkan ke dewan masyarakat.

Beliau telah berbincang dengan Pejabat Kesihatan Bahagian, Pejabat Residen serta Jabatan Tanah dan Survei untuk mengenal pasti tapak tanah yang bersesuaian untuk klinik interim memandangkan klinik sementara beroperasi di Dewan Masyarakat Long Lama.

"Kita juga akan menaik taraf Dewan Masyarakat Long Lama untuk memberikan ruang yang lebih selesa kepada pesakit dan klinik interim ini dalam kos sekitar di bawah RM1 juta dan ia mampu menampung perkhidmatan kesihatan asas," jelasnya.

KKM katanya, telah mengenal pasti beberapa kawasan berdekatan dengan Pusat Pertumbuhan Luar Bandar (RGC) Long Lama termasuk tapak tanah milik kerajaan persekutuan untuk tujuan itu.

Malah jelasnya, kaedah menyelamat struktur klinik asal juga sedang dilakukan dan projek ini sedang dilaksanakan JKR.

Sebelum ini Lukanisman memberitahu, perbelanjaan besar diperlukan untuk mengatasi masalah tanah runtuh yang menyebabkan struktur klinik di KK Long Lama tidak selamat.   

"Kita mendapati keadaan dan tanah di Klinik Long Lama tidak selamat dan proses untuk menyelamatkan tanah runtuh itu memakan kos yang sangat besar namun tidak menjamin struktur bangunan sedia ada akan selamat," jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.047175 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list