CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 638|Reply: 0

[Sarawak] Pustaka Negeri Sarawak adakan Siri Ceramah Sarawakiana, 30 April

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:29 PM | Show all posts |Read mode


Sertai siri ceramah Sarawakiana bertajuk ‘Bentuk dan Penggunaan Bahasa Halus Dalam Masyarakat Melayu dan Iban di Sarawak’ pada 30 April ini di Pustaka Negeri Sarawak.

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Siri Ceramah Sarawakiana bertajuk ‘Bentuk dan Penggunaan Bahasa Halus Dalam Masyarakat Melayu dan Iban di Sarawak’ pada 30 April ini.

Ceramah tersebut akan berlangsung di Bilik Koleksi Khas, Pustaka Negeri Sarawak di sini pada jam 9.30 pagi oleh penceramah Dr Remmy Gedat daripada Fakulti Pendidikan Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak.

Kajian ini ditulis oleh Dr Hamidah Abdul Wahab, Siti Marina Kamil dan Dr Remmy sendiri mengenai aspek kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Iban di daerah Kuching dan Samarahan, khususnya dalam penggunaan bahasa halus atau eufemisme.

Objektif ceramah ini diadakan adalah untuk menunjukkan penelitian bentuk eufemisme yang wujud dan digunakan dalam masyarakat Melayu dan Iban di Sarawak.
Selain itu, ia juga bertujuan membentangkan sejauh mana eufemisme tersebut digunakan dalam kedua-dua masyarakat tersebut.

Data kajian diperoleh menerusi kaedah soal selidik, melibatkan responden seramai 50 orang bagi setiap kaum.

Kajian ini juga dapat memperjelas bentuk bahasa halus yang wujud dan tanpa penggunaannya dalam masyarakat Melayu dan Iban di Sarawak, selain memaparkan latar belakang masyarakat penutur yang kaya dengan kehalusan bahasanya.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Aidashermilla Hashim atau Izaruddin Moss di talian 082-374000.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.054404 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list