CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 624|Reply: 0

[Sarawak] Penjara lima bulan untuk warga asing tinggal lebih tempoh

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:37 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan tinggal di negeri ini melebihi tempoh sah dibenarkan.
   
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh supaya dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan penghantaran pulang ke negara asalnya setelah selesai menjalani hukuman penjara kelak
   
Budiyanto, 35, dari Bengkayang, Kalimantan Barat, Indonesia telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta yang sama.
   
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
   
Menurut keterangan kes, tertuduh telah ditahan pada jam 11.45 malam, 12 April lalu di hadapan sebuah premis di Jalan Gardenia di sini untuk tujuan pemeriksaan kerana dipercayai warga asing.
   
Hasil pemeriksaan mendapati tertuduh yang merupakan warga negara Indonesia masih tinggal di negeri ini setelah pas lawatan sosial yang dikeluarkan kepadanya tamat tempoh sah.
   
Berikutan itu, tertuduh telah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
   
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh dia direman pada 13 April lalu.
   
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain di hadapan Hakim Azreena Aziz, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.



https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/24/penjara-lima-bulan-untuk-warga-asing-tinggal-lebih-tempoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.063554 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list