CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 617|Reply: 0

[Sarawak] Persatuan Paduan Suara Kuching berjaya menganjurkan Konsert ‘SUARA’

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:42 PM | Show all posts |Read mode


Para penghibur yang menjayakan Konsert ‘SUARA’.

KUCHING: Persatuan Paduan Suara Kuching atau Kuching Choral Society (KSC) telah memukau penonton dengan Konsert ‘Suara’ di i-CATS College University Kuching pada 19 April lalu.

Menurut kenyataan pihak KSC, dianjurkan dengan kerjasama Young Choral Academy, acara tersebut meraikan keharmonian nyanyian antara kumpulan paduan suara yang ada di sini.

"Konsert ‘SUARA’ ini telah menyajikan para penonton dengan dendangan lagu yang pelbagai.

"Daripada persembahan nyanyian solo sehingga kepada persembahan kumpulan koir, penonton dipersembahkan dengan genre muzik yang pelbagai untuk memberikan persembahan vokal yang mantap dan berbeza," katanya.

Persembahan pada malam itu disertai oleh kumpulan koir Sekolah Menengah Swasta St Joseph Kuching ‘Chamber Choir, You Ran Ladies Ensemble, Wendy Yong, Jeffery Tang, Natallee Faith Kwan, Dwiana R. Fransiska, Lewis Lo dan Koir KCS di bawah pimpinan pengarah dan konduktor muzik Benedict Lo.

Konsert tersebut merupakan sebuah konsert untuk menyampaikan ekspresi seni persembahan yang merangkumi pelbagai sudut.

Melalui bahasa muzik yang universal, muzik mendorong kepada perpaduan, menyatukan suara dari latar belakang yang berbeza untuk kebersamaan dalam kreativiti dan suara yang harmoni.

Konsert yang telah dianjurkan merupakan komitmen yang berterusan daripada Persatuan Paduan Suara Kuching untuk mempromosikan teknik vokal dan kecemerlangan koir, tambahnya.

Konsert ini juga diadakan sempena SUARA: Bengkel Teknik Vokal Koir Sarawak di i-CATS College University dari 19 hingga 21 April, yang memberi pendedahan kepada para peserta tentang kemahiran teknik vokal.

Sebelum acara konsert melabuhkan tirai, Benedict Lo, pengarah dan konduktor koir KCS telah mengumumkan acara yang akan datang di bawah anjuran KCS termasuk Koir Kanak-kanak Sarawak bermula dari 3 Mei hingga 23 Jun, Koir Festival Belia Sarawak bermula 9 Mei hingga 23 Jun dan acara yang dinanti-nantikan iaitu Festival Koir Sarawak yang dijadualkan akan berlangsung dari 21 Jun hingga 23 Jun.

KCS merakamkan ucapan penghargaan kepada Dolce Cottage Company, Prodigy Music Centre, Century Music dan The String Lab atas sokongan padu mereka yang tidak berbelah bagi untuk menjayakan Konsert ‘SUARA’.

Sumbangan yang diberikan telah memberi impak yang besar kepada semua penggemar muzik dan kepada para penonton yang hadir.

KCS turut merakamkan ucapan syukur yang mendalam kepada para penaja ini atas peranan mereka untuk membawa satu konsert yang terbaik kepada para penonton.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.056335 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list