CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 694|Reply: 0

[Sarawak] SUKMA Sarawak 2024 terbesar dalam sejarah penganjurannya

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:54 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 12,000 atlet akan berkampung di negeri ini untuk menyertai 37 sukan yang dipertandingkan: Abdul Karim



Abdul Karim menyerahkan watikah jemputan kepada Onn Hafiz sambil disaksikan Fatimah serta tetamu yang lain. -Gambar UKAS

"Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah iaitu pada 1990, 2016 dan 2024.”
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan

KUCHING: Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan bakal menjadi yang terbesar dalam sejarah penganjurannya.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, lebih 12,000 atlet akan berkampung di sembilan bahagian negeri ini untuk menyertai 37 sukan yang dipertandingkan.

Katanya, sebanyak 13 negeri termasuk Wilayah Persekutuan dan Negara Brunei telah mengesahkan penyertaan untuk bersaing dalam 484 acara sukan.
"Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah iaitu pada 1990, 2016 dan 2024.

"Kali ini penganjuran SUKMA adalah yang terbesar dalam sejarah kerana melibatkan sebanyak 484 acara sukan yang dipertandingkan.

"Bagi Para SUKMA hanya melibatkan 10 sukan dengan jumlah 361 acara," katanya yang dipetik Unit Komunikasi Awam Sarawak  (UKAS).

Beliau berkata demikian semasa mengetuai delegasi SUKMA dan Para SUKMA XXI 2024 Sarawak melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Johor Dato Onn Hafiz Ghazi di Bangunan Dato Ja’afar Muhammad, Johor Bahru hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024 Datu Hii Chang Kee.

Sementara itu Abdul Karim menganggap Johor sebagai pencabar utama Sarawak untuk merebut kejuaraan pada SUKMA kali ini.

Ia mengambil kira kejayaan negeri itu muncul juara keseluruhan pada edisi ke-20, 2022 di Kuala Lumpur.

"Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor kerana akan mengambil bahagian dalam semua acara.

"Saya difahamkan Johor akan menghantar seramai 931 atlet dan pegawai dalam kejohanan kali ini," ujar beliau.

Mengenai Para SUKMA yang akan berlangsung dari 20 hingga 28 September, katanya kesemua 10 acara sukan akan dilangsungkan di bandar raya Kuching.
Katanya, seramai 1,400 atlet dan 600 pegawai akan terlibat dalam temasya tersebut.

Terdahulu, Onn Hafiz mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana menjemput Johor menyertai SUKMA dan Para SUKMA kali ini.

Katanya, Kerajaan Negeri Johor juga berhasrat mengulangi kejayaan memenangi SUKMA pada 2022 namun percaya tuan rumah Sarawak akan memberi saingan sengit untuk merebut kejuaraan kali ini.

Untuk rekod, Johor menjadi persinggahan kelapan delegasi SUKMA dan Para SUKMA XXI selepas Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula 22 April lepas.

Delegasi akan meneruskan jelajah kunjungan hormat ke Melaka dan Negeri Sembilan esok.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.054342 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list