CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 710|Reply: 0

[Sarawak] Terpedaya skim pelaburan tidak wujud, suri rumah rugi RM150,000

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:58 PM | Show all posts |Read mode


Suri rumah mengalami kerugian kira-kira RM150,000 akibat diperdaya skim pelaburan tidak wujud di Sibu sejak Mac lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, menurut laporan daripada wanita terbabit, dia berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi Kuai Shou pada 29 Mac lepas.

“Mangsa tertarik dengan kandungan yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Mioa Long Yun melalui aplikasi Whatsapp.

“Suspek menyatakan kepada mangsa bahawa dirinya bekerja di syarikat Amazon di Hong Kong yang terkenal di seluruh dunia tentang pelaburan penjualan barang secara atas talian.

“Dalam tempoh perkenalan, mangsa ditawarkan untuk melabur dalam perniagaan jualan secara dalam talian melalui aplikasi Amazon.

“Kemudian mangsa diberikan satu pautan bagi tujuan pendaftaran,” jelasnya.

Mengulas lanjut kata Mancha, selepas mangsa mendaftar keahlian, dia diterangkan cara perniagaan dilakukan termasuk keuntungan yang diberikan mengikut bayaran modal dan pulangan sekitar 30 hingga 40 peratus.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu melakukan 11 kali transaksi pembayaran bagi tujuan pelaburan dengan jumlah kerugian kira-kira RM150,000 melalui pemindahan wang ke dua akaun bank suspek daripada pertengahan April lepas.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.047786 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list