CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 700|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas rugi RM490,000 diperdaya skim pelaburan jam tangan tidak wujud

[Copy link]
Post time 25-4-2024 09:00 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Lelaki warga emas kerugian kira-kira RM490,000 apabila diperdaya skim pelaburan jam tangan tidak wujud di aplikasi Whatsapp sejak Mac lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, pemilik sebuah syarikat swasta di Mukah terbabit yang berusia lewat 60-an, hanya menyedari ditipu apabila tidak mendapat sebarang keuntungan menerusi pelaburan berkenaan.

“Menurut mangsa pada 21 Mac lepas, semasa berada di rumahnya, dia menerima mesej Whatsapp daripada nombor yang tidak dikenali menawarkan skim pelaburan jam tangan yang diperkenalkan oleh individu memperkenalkan dirinya sebagai Lee Chee Ling.

“Suspek memberikan satu pautan kepada mangsa untuk mendaftarkan diri sebagai ahli bagi memulakan pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mancha, suspek menerangkan kepada mangsa tentang pelaburan tersebut dengan cara membeli jam tangan yang ditawarkan dalam iklan dan menjual semula kepada syarikat sg886.com dengan mangsa dijanjikan mendapat kadar keuntungan sekitar lima sehingga 10 peratus.

Katanya, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu melakukan empat kali transaksi pembayaran bagi tujuan pelaburan dengan keseluruhan berjumlah kira-kira RM490,000.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.050456 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list