CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 742|Reply: 2

[Jenayah] Tun M, menantu Muhyiddin sedang disiasat

[Copy link]
Post time 25-4-2024 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 25-4-2024 10:18 PM

GUA MUSANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.


Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata, ekoran penyiasatan itu, kedua-dua anaknya juga telah diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.


"Saya tidak berhasrat untuk memperincikan lagi maklumat lanjut berhubung kes itu, tentang apa kesalahan yang dilakukan kesemua mereka.


"Biarkan SPRM meneruskan siasatan terlebih dahulu sehingga saya fikirkan satu masa yang sesuai untuk kita nyatakan hasil dapatan kes siasatan berkenaan,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di tingkat 1, Bangunan Persekutuan daerah itu di sini pada Khamis.


Pada 18 Januari lepas, SPRM meminta kedua-dua anak Dr Mahathir, Mirzan dan Tan Sri Mohkzani, mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangan sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Mokhzani pula disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.


Sementara itu diminta mengulas mengenai siasatan kes menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Azam berkata, ada petunjuk-petunjuk baharu menunjukkan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan berbelanja menggunakan kad kredit di luar negara.


"Hasil pemantauan SPRM, beliau (Muhammad Adlan Berhan) ada menggunakan kad kreditnya dan berbelanja di beberapa buah negara.


"SPRM telah memohon kepada pihak Interpol bagi tujuan ‘red flag’ ke atasnya dalam kes ini dan kami masih mengesannya untuk dituduh di mahkamah,” katanya.


Ogos lepas SPRM berusaha mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.


Mereka ialah Muhammad Adlan Berhan, 48, dengan alamat terakhir di Sunway Kiara Hills, Desa Sri Hartamas, dan Mansoor Saat, 69, beralamat terakhir di Subang Jaya, Selangor.


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isytihar-harta-tun-m-antara-individu-yang-disiasat-sprm-467892




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Related threads

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts

Comments

Write, please too  Post time 26-4-2024 07:34 AM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.059556 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list