CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak belanja RM300 juta anjurkan SUKMA, Para SUKMA 2024

[Copy link]
Post time 25-4-2024 09:47 PM | Show all posts |Read mode

Aminuddin (dua dari kiri) dan Abdul Karim (dua dari kanan) serta Fatimah (kanan) memperagakan maskot Sukma Ke-21 2024 Sarawak, di Seremban lewat petang tadi. NSTP/Mohd Amin Jalil.

SEREMBAN: Kerajaan Sarawak membelanjakan sebanyak RM300 juta bagi menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perbelanjaan itu termasuk membabitkan naik taraf gelanggang sukan, logistik dan penganjuran temasya sukan terbesar negara itu.

"Keseluruhannya Kerajaan Sarawak membelanjakan hampir RM300 juta yang merangkumi kos menaik taraf gelanggang sukan, logistik dan penganjuran temasya berkenaan.

"Kita masih lagi menunggu daripada Kerajaan Pusat berapa banyak yang hendak diberikan subsidi," katanya kepada pemberita pada majlis Kunjungan Hormat Delegasi SUKMA dan Para SUKMA Sarawak 2024 di Bilik Gerakan Wisma Negeri, di sini, lewat petang tadi.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Exco Pembangunan Sukan negeri, Mustapha Nagoor; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, kali ini penganjuran temasya dwitahunan itu dianggap yang terbesar kerana membabitkan 37 jenis sukan membabitkan 484 acara.

"Bagi memastikan kejohanan itu dapat dirasai keseluruhan rakyat Sarawak, ia akan berlangsung di sembilan bahagian di negeri itu.

"Antaranya Kuching yang membabitkan 25 jenis sukan, Miri (enam) Samarahan (dua), masing-masing tiga jenis sukan di Bintulu, Sibu dan Mukah serta Senan (satu) dan Sri Aman (satu).

"Secara amnya, kita sudah bersedia dari segala aspek untuk pengelolaan dan penganjuran SUKMA dan Para SUKMA tahun ini," katanya.

Sebagai rekod ini adalah kali ketiga Sarawak dipilih sebagai tuan temasya sukan berkenaan selepas tahun 1990 dan 2016.

Sementara itu, Aminuddin berkata, Negeri Sembilan akan menghantar seramai 500 atlet dan pegawai dengan penyertaan dalam 30 acara sukan.

Beliau berkata, Negeri Sembilan tidak mengambil bahagian dalam tujuh acara sukan iaitu angkat berat, kriket, golf, judo, bola jaring, ping pong dan pelayaran.

"Kita mensasarkan untuk meraih pencapaian lebih baik sekurang-kurangnya di tempat kesembilan dengan kutipan pingat emas melebihi daripada 19 pingat," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.049238 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list