CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7288|Reply: 113

[Tempatan] Rombongan meminang meluat tuan rumah cerita harta pusaka... Label orang Kedah suka cakap kuat, sembang tak nak kalah

  [Copy link]
Post time 25-4-2024 11:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-4-2024 08:01 AM

Rombongan meminang meluat tuan rumah cerita harta pusaka... Label orang Kedah suka cakap kuat, sembang tak nak kalah
Khamis, 25 April 2024 8:00 PM



TAK tahu di mana silapnya, orang negeri Kelantan sering menjadi sasaran kebencian di media sosial.

Terbaharu, seorang individu tular di laman X selepas berkongsi rasa kurang senangnya terhadap sikap orang Kedah.

Menurut pengadu, dia dan keluarganya berdepan detik menjengkelkan ketika mereka mengikuti rombongan meminang seorang gadis Kedah, baru-baru ini.

Perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua jiwa, sebaliknya ia menyatukan dua buah keluarga. -Gambar hiasan

"Perangai orang Kedah ni ada dua benda aku tak berkenan. Satu suara nyaring dan kasar. Kedua kalau sembang tak rebah.

Sebelum ni aku buat pekak je. Tak kisah sangat.
"Ada ahli keluarga aku nak kahwin orang Kedah. Kami hantar rombongan meminang. Mula-mula okay, lama-lama macam red flag. Tiba-tiba nak cerita harta pusaka keluarga mereka.

"Cerita harta dia dan mention gadis yang kami pinang ni tak dapat harta waris banyak. Kami macam tertanya, ini majlis bertunag ke majlis nak cerita harta," dakwanya.


Kenapa celupar sangat orang Kedah ni? Adakah sebab dah biasa cakap lebih kurang?AHLI KELUARGA PIHAK LELAKI

Menurut pengadu, cara mereka bercerita membuatkan dia meluat, seolah-olah ahli keluarganya itu mahu berkahwin atas dasar harta semata.

"Tiada siapa tanya. Korang tak rasa meluat ke kalau jadi macam tu. Kami pun tak hadap harta makcik korang. Ini majlis tunang, kami bukan nak tahu harta keluarga perempuan banyak mana.

"Semua orang masa tu muka macam tertelan ubat gegat sebab yang bercakap tu orang tua perempuan belah sana. Dan ini bukan kali pertama aku kenal orang Kedah macam ni.

"Kenalan aku pun pernah cakap Kedah problem. Siap pesan keluarga aku, nanti janganlah fikir anak buah aku ni akan dapat harta keluarga dia.

"Kenapa celupar sangat orang Kedah ni? Adakah sebab dah biasa cakap lebih kurang? Dengan orang luar pun cakap lebih kurang," luah individu itu lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen memberi pendapat berbeza, termasuklah yang tidak bersetuju dengan dakwaan individu itu.
Majlis meminang atau merisik merupakan langkah pertama sebelum pasangan disatukan dalam majlis perkahwinan. -Gambar hiasan

"Sebagai orang Kedah, memang kebanyakan orang tua suka sembang. Aku pun meluat nak sembang dengan orang Kedah.

"Selain tolak orang Kelantan untuk jadi bakal isteri, Kedah pun masuk dalam senarai.
"Jangan pukul rata. Ramai je orang Kedah yang okay," tulis beberapa netizen.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols layan ML studio dan iols perasan ada sorang speaker ni dari kedah nama John Bear terlalu bingit! Tapi bbnu sunat laser suka betul jantan kepam tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 26-4-2024 01:06 AM
Iols layan ML studio dan iols perasan ada sorang speaker ni dari kedah nama John Bear terlalu bingit ...

Orang kata suka buat hingaqqqq

Tapi mmg ramai je influenza, mua yg femes dr sana jenis hingaqqq ni. Org kedah yg kawen dlm fam SG ni pon penah kecoh pasal kes harta pusaka padahal org luar kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 05:51 AM | Show all posts
ini perangai individu kot.. takkanlah semua mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mana2 negeri wujud yach org jenis suka citer harta pusaka. salah sorangnya ialah my f-i-l . negeri bukan kedah bukan kelantan. Di kalangan sedara mara i pun ada je seorg 2 org yg jenis out loud ckp pasal harta pusaka, rimas... i org johor

kenapa nak kaitkan dgn negeri?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang je, dah tak kenan tu tak payahlah kawen, settle.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2024 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
hingaq celupar ni teringat kes zira ape ke yg molot mcm ayam tu

tapi kalo pasal harta mana2 famili pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 26-4-2024 01:06 AM
Iols layan ML studio dan iols perasan ada sorang speaker ni dari kedah nama John Bear terlalu bingit ...

Dia Penang x silap bkn kedah. Aku pun Sama. Kalo dia jd speaker je terus aku x click. Sbb aku rs isi yg dia nak ckp tu sbnrnya pendek je tp dia punya korner2 mmg mcm Mamu propa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang sembang xrebah tu individu kot. Kawan aku cina selangor pun sembang xjatuh asyik cerita harta dia, apa dia beli, berapa harga, dia bagus blablabla
Tapi yg cakap kuat tu mcm betul. Aku pun rimas dan bingit. Tengok je la influencer kedah.. semua jerit2 pedia ntah. Jantan betina sama je. Maki hamun hujung bibir je. Pastu pukul rata - "kami org kedah memang mcm ni.." ehhh ikut suka hang ja tibai 'kami'. Nabila bahrin je aku buleh terima. Bukan xde yg jenis cakap slow dan lembut. Ada je tp jd kaum minoriti lah tenggelam dgn set2 gebang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku belajar slogan... Tutup lampu... Pakai paper bag dari acik acik forum yach....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Minami2013 at 25-4-2024 11:23 PM

Ada tgk video kat tiktok org melaka.. pas tu negeri 9.. kesimpulan nya mmg ade dimana2 je la org suka ckp kuat dan bingit. Sama lah jugak nyembang isu ntah ape2.

Sebagai org introvert, i penat kalo jumpa org energy level ni. Tak boleh nk jumpa lama2
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 07:42 AM | Show all posts
memula mmg rasa meluat,tp kalau join sekali sembang kasi terbang rasa best jugak,
xperlu isap gam isap dadah nak rasa hebat,sembang dengan org kedah korg boleh up diri korg sampai ke bulan,
aku nak cerita sikit,aku ni asal usul pewaris sultan Kuala Lumpur kalau hampa nak tau,
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 07:44 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 26-4-2024 07:21 AM
Ada tgk video kat tiktok org melaka.. pas tu negeri 9.. kesimpulan nya mmg ade dimana2 je la org suk ...

kalau ko introvert kena plak kawin dgn keluarga org kedah yg mcm tu kan, mesti ko rasa meluat gila hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat atas tu dia citer pasal rombongan bertunang kann?

Apa kata, pihak laki bilas dengan:
"Takpelah pakcik/makcik, pihak kami rasa nak balik dulu dan evaluate semula niat kami ni kot² boleh berubah fikiran ke."

Sedangkan budaya RFID dari depan rumah ---> atas pelamin pun kena sound dengan pihak yg bertandang.

Apa laa sangat kalau rombongan nak bertunang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 25-4-2024 11:44 PM
kalau ko introvert kena plak kawin dgn keluarga org kedah yg mcm tu kan, mesti ko rasa meluat gila ...

Itu la pasal... Mmg jadi menantu derhaka lah gamaknye

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 orang yang bercerita tu yang reject kau. Kau pulak kengkonon reject orang tu. Kalau ko taknak anak orang tu, takdenya ko gigih bawak rombongan sampai ke Kedah Aku rasa macam normal kot, bila orang nak kawin aje mesti ada yang sibuk kengkonon kita nak kejar harta dia. Ko rilek sudah dik non. Sedara mara tu pun entah2 setahun sekali aje jumpa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 08:11 AM | Show all posts
influencer dari kedah kebykkan memang mulut bingit pun....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:11 AM | Show all posts
Belum masuk keluarga orang lain, belang sudah keluar. Belum pun menjalinkan silaturrahim, sudah buat penghakiman keluarga orang lain yang baru aje berjumpa dan bersua muka. Penilaian semua jatuh negatif. Terus label negeri dan rakyatnya yang teruk dan tak menepati citarasa ko. Alahai manusia, mudahnya menghakimi yaaa..... moga keturunan aku dijauhkan dari ada sikap begini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara Kelantan dan Kedah aku lebih suka dengar orang perempuan kecek Klate..masih sopan dan halus. Kalau Kedah hmmm..xpayahla..Tgk jelah Che ta tu..buka mulut je riuhhh. Influenza yang babi shaming kan body orang tu sapa..Ira ke apa nama..tu lagi nauzubillahi min Zalik ya mulut dia sekali dengan suara2 bingit..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenis sembang besar gini bkn faktor negeri tp faktor pelajaran dan circle. Makin kurang  pelajaran makin besar la ckp. Lepas tu tak pernah bergaul dgn pelbagai jenis masyarakat. So takde apa sgt dia tau nak sembang melainkan psl harta tok nenek dia ajelah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.061830 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list