CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fujiwara

[KAJI SELIDIK FORUM] Anda SOKONG siapa dalam PRU ke 13?

   Close [Copy link]
Post time 11-10-2012 12:34 PM | Show all posts
undi undi undi...Bila boleh undi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 03:43 PM | Show all posts
wah sgt sengit. beza 1 undi je..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 05:56 AM | Show all posts
gee_poziah posted on 21-3-2011 08:24 AM
kalau nak kemajuan sokong lah..BARISAN NASIONAL..
ahaks...

Nak Jadi peliwat bebas... sokong la PR.... MyWords!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 02:23 PM | Show all posts
donbotak posted on 21-3-2011 04:27 PM
kalau nak blajar agama g dok masjid.......

kalau nak pembangunan sokong bn..........

nak gi masjid pun tgk masjid yg mcm mana. Kalau kat Kelantan ni ada masjid org UMNO  ada masjid org Pas, walaupun tak ada tertulis kat pintu depan masjid tu. Kalau peminat tegar umno masuk masjid Pas, mau kena tekanan darah tinggi dgr khutbah Jumaat atau tok guru yg mengajar. So, hati hatilah jugak dlm soal memilih masjid tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2012 12:43 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 09:08 PM | Show all posts
Fujiwara posted on 14-10-2012 12:43 PM

abis Sabah Sarawak camner ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2012 09:13 PM | Show all posts
dah lama BN jadi kerajaan
sekali sekala nak rasa tukar kerajaan baru utk satu penggal
lepas 4 tahun baru putus nak undi semula BN atau kekal yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 03:16 PM | Show all posts
TeRasKiLo posted on 22-3-2011 09:10 AM
Ya Allah Ya Tuhan ku.....
kalau pemerintahan BN baik untuk rakyat Engkau kekalkan lah....

terbaik........
aku pn harap2kn akan ade sesuatu perubahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2012 08:33 PM | Show all posts
bangcak posted on 21-3-2011 08:35 AM
dah lama org kampong i dok rosakkan undi (ntah DIROSAKKAN ke? sapa tau).
wakil MIC dok kawasan majo ...

berkobar2 tu... TERBAIK!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2012 01:04 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 11:14 PM | Show all posts
Fujiwara posted on 31-10-2012 01:04 PM


Akaun Selangor, P. Pinang mengelirukan
Oleh KAMIL  MASLIH
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Kelab Penyokong Kerajaan Barisan  Nasional (BNBBC) meminta Ketua Audit Negara untuk menyemak semula beberapa  kemasukan dalam akaun hasil bagi kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang di  dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menimbulkan kekeliruan.
Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri berkata,

kajian oleh BNBBC terhadap  Laporan Audit Mengenai Pengurusan Kewangan di Peringkat Negeri-Negeri mendapati  ada keadaan yang mana wang daripada akaun amanah negeri (hasil bukan cukai)  dimasukkan ke dalam akaun hasil.

Di samping itu, menurut beliau, wujud juga keadaan yang mana wang yang  disalurkan daripada Kerajaan Pusat tidak dibelanjakan oleh kerajaan negeri.
"Saya juga ingin membuat pembetulan sekiranya ada orang berkata Menteri Besar  Selangor paling cemerlang dari segi pengurusan kewangan kerana negeri paling  cemerlang adalah Sarawak.

"Saya hendak tegaskan di sini, dari segi kedudukan kewangan yang disatukan,  negeri yang terbaik adalah Sarawak dengan RM18.4 bilion, diikuti Sabah dengan  RM2.6 bilion dan kemudian baru Selangor RM1.9 bilion serta Pulau Pinang RM1.1  bilion," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas perkara yang sama, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman  Dahlan berkata, setiap kerajaan negeri mempunyai tiga jenis hasil iaitu hasil  cukai, akaun amanah negeri serta penerimaan hasil dari Kerajaan Pusat.
"Akaun amanah hanya boleh digunakan untuk tujuan khusus tetapi sebelum audit  dibuat, beberapa kerajaan negeri ini telah memindahkan wang dari akaun amanah ke  dalam akaun hasil dan menganggapnya sebagai hasil pendapatan kerajaan  negeri.

"Mereka buat silap mata, ambil dari poket kanan dan dimasukkan semula ke  dalam poket kiri.

"Ini juga apa yang dikatakan sebagai 'Creative Accounting' dan kita minta  Ketua Audit Negara untuk menyiasat semula beberapa entri (hasil) yang perlu  dilihat di Selangor dan Pulau Pinang," katanya.
Membangkitkan perkara yang sama, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan  berkata, beliau memberi contoh kegagalan kerajaan negeri Selangor menggunakan  sepenuhnya peruntukan yang disalurkan Kerajaan Pusat menerusi Kumpulan Wang  Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya  (Marris).
"Laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan kerajaan negeri Selangor hanya  membelanjakan sebanyak 58 peratus peruntukan dan masih ada baki RM319 juta yang  masih belum digunakan untuk membaiki dan menyelenggara jalan-jalan di negeri  Selangor.
"Malangnya, kita dimaklumkan wang sebanyak RM5.15 juta daripada peruntukan  Marris ini dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dengan diberikan kepada syarikat  Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) untuk membiayai pinjaman membina  Universiti Selangor (Unisel), dan ini adalah salah guna duit penyelenggaraan  jalan," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2012 12:56 PM | Show all posts
rashiman posted on 31-10-2012 11:14 PM
Akaun Selangor, P. Pinang mengelirukan

Tuan Tuan dan Puan Puan,anda percaya LAPORAN AUDIT NEGARA atau LAPORAN UTUSAN/UMNO???


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 01:02 PM | Show all posts
Fujiwara posted on 1-11-2012 12:56 PM
Tuan Tuan dan Puan Puan,anda percaya LAPORAN AUDIT NEGARA atau LAPORAN UTUSAN/UMNO???

...


Mengikut Laporan Audit, Sarawak adalah negeri paling cemerlang dari segi pengurusan kewangan diikuti dengan negeri Sabah.

Selangor jugak negeri yang paling cemerlang diantara negeri2 dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2012 01:46 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 03:19 PM | Show all posts
Fujiwara posted on 1-11-2012 01:46 PM


Negeri yg tak banyak hutang, tapi menyusahkan rakyatnya yang terpaksa berhijrah mencari pekerjaan di negeri-negeri yg maju seperti Melaka.

Rakyat Kelantan paling ramai mohon kerja melalui SPA

24 Oktober 2012                    

Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam
        KOTA BAHRU - Rakyat Kelantan merupakan yang tertinggi memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak tiga tahun lalu, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.
        Beliau berkata sejak 2009 hingga 2011, seramai 495,000 rakyat negeri itu telah memohon kerja bagi Gred 1 hingga Gred 41.
        "Sejak lima tahun lalu pula, seramai 12,831 daripada permohonan itu telah diterima bekerja di sektor kerajaan.
        "Saya setuju mungkin faktor kenapa begitu ramai rakyat Kelantan memohon kerja ini disebabkan peluang kerja yang ada di Kelantan adalah sangat kurang dan faktor lain SPA akan buat kajian terperinci," katanya kepada pemberita selepas Sesi Interaksi Pengerusi SPA Dengan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan-badan Berkanun, Persatuan-persatuan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Zon Timur di sini hari ini.
        Mahmood berkata sejak tiga tahun lalu jumlah pencari kerja di seluruh negara yang memohon melalui SPA seramai 1.2 juta.
        Menurutnya jumlah yang memohon pekerjaan itu tidak termasuk melalui suruhanjaya pekerjaan yang lain seperti pelajaran, polis dan tentera.
        Beliau menafikan dakwaan kononnya SPA meminggir kaum-kaum tertentu sebaliknya mereka yang layak akan diberikan keutamaan.
        Sementara itu penjawat awam dinasihat tidak terpengaruh dengan politik yang boleh merosakkan mereka tetapi sebaliknya perlu menyokong segala dasar kerajaan yang ada.
        "Itu tugas kita untuk melaksana dasar kerajaan. Apa polisi kerajaan kita kena laksanakan," katanya.- Bernama




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2012 10:26 PM | Show all posts



Last edited by Fujiwara on 1-11-2012 10:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 03:53 PM | Show all posts
Fujiwara posted on 1-11-2012 10:26 PM

tak kisahlah beratus juta habis duit rakyat
asalkan dapat menghasilkan dan menjana beratus billion pendapatan negara utk rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 10:22 AM | Show all posts
nak sokong umno rs cam xbetul jerr. nak sokong PR pon xleh sbb ada raja liwat.. so.. duk umah basuh baju lg bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 09:17 PM | Show all posts
Senang cerita...siapa keluarga yg kerja gomen silalah vote gomen...sebab dah dapat benefit dan kembalikan jasa baik govt...

Tapi,siapa keluarga tak ada kerja gomen,nak vote selain gomen...tak ada benefit yang dapat...belum ada mentaliti gomen lagi...janganlah nak halang pulak...ini pendapat jer...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2012 12:29 AM | Show all posts
dilema nye aku suka manifasto PR klu dpt tawan putrajaya,, tp aku xnak Anwar Ibrahim jd PM..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.196574 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list