Satu klip video yang merakamkan aksi seks telah ditayangkan oleh sekumpulan orang yang menggelar diri "insider" kepada media, menyasarkan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim sebagai watak utama dalamnya.
Klip video 30 minit ini ditayangkan untuk tontonan media, di Seri Carcosa Negara, pagi ini. Dalam kenyataan media berjudul "Datuk Seri Anwar Ibrahim" yang dikeluarkan oleh "insider", mereka mendakwa klip ini dirakamkan pada 21 Februari 2011, di sebuah hotel. Aksi seks dengan wataknya disyaki Anwar Ibrahim bersama seorang gadis telah dirakam melalui empat kamera (cctv).
Menurut wartawan yang telah menonton klip tersebut, wajah watak utama dalam klip menyerupai Anwar. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari PKR melalui twitter mendakwa bahawa klip video tersebut adalah palsu, diedit untuk memalit Ketua Pembangkang. Malah, ia disifatkan sebagai langkah terdesak oleh Barisan Nasional untuk memusnahkan Anwar dan Pakatan Rakyat, menggunakan klip video yang palsu. Berita menyusul selanjutnya |